CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 830|Reply: 0

Bayern Munich kekal kebal

[Copy link]
Post time 25-10-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode

KANE menjaringkan gol Bayern di Istanbul. FOTO AFP

Istanbul: Jamal Musiala mencipta bantuan jaringan dan meledak satu lagi gol ketika Bayern Munich menang 3-1 di Galatasaray sekali gus melebarkan rekod kemenangan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara kepada 17 perlawanan berturut-turut.

Musiala membantu mencipta peluang untuk jaringan pembukaan Kingsley Coman sebelum penyerang Argentina Mauro Icardi menjaringkan penalti untuk menyamakan kedudukan.

Harry Kane menjaringkan gol ketiga sebelum Musiala mengesahkan kemenangan gergasi Bundesliga itu.

"Kemenangan yang penting," kata Kane kepada Amazon Prime selepas tamat perlawanan. "Mereka menyukarkan kami pada babak pertama tetapi memasuki babak kedua kami lebih tenang dan meningkatkan asakan."

Juara enam kali Bayern berkunjung ke Istanbul dengan misi meneruskan rekod cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara.

Juara Jerman itu tidak tewas dalam 36 perlawanan terakhir peringkat kumpulan termasuk 19 aksi di tempat lawan.

Pengurus Bayern Thomas Tuchel yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada 2021 memuji keupayaan pemainnya mengekalkan rekod itu.

"Saya tak tahu berapa banyak aksi peringkat kumpulan yang saya kendalikan sebagai pengurus tetapi ia selalunya sangat sukar, jadi kami berbangga dapat sembilan mata daripada tiga perlawanan."

Galatasaray pula satu-satunya pasukan Turki yang menjulang trofi Eropah selepas menjuarai Liga Europa pada 2000 tidak tewas dalam 17 perlawanan sebelum kunjungan Bayern manakala lawan mereka itu kini kekal kebal saingan peringkat kumpulan sejak September 2017.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -munich-kekal-kebal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 1.378123 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list