CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 748|Reply: 1

[Melaka] Medan ikan bakar terapung Umbai terbiar dan rosak

[Copy link]
Post time 25-10-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Jasin: Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT), Umbai, di sini, yang dikenali sebagai lokasi tumpuan ramai sebelum ini kini dalam keadaan terbiar sejak ditutup Mac lalu kerana tidak mendapat sambutan pengunjung.

Tinjauan Harian Metro mendapati keadaan struktur premis dua tingkat itu kelihatan usang dan kawasan sekitar ditumbuhi semak.

Malah, sebahagian besar daripada 23 gerai di tingkat atas dan bawah kompleks terbabit mengalami pelbagai kerosakan termasuk pada pintu dan atap yang pecah serta berlubang.

Manakala, kemudahan lain seperti surau, gerai kraftangan, kiosk kuih tradisional dan cenderamata, dewan, wakaf, menara tinjau, tandas dan boardwalk paya bakau juga terbiar serta rosak.

Selain sampah sarap, terdapat najis kucing dan burung merpati bertaburan di lantai di kompleks diuruskan Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd (PMH) yang dibina pada 2004 dengan kos dianggarkan RM9.1 juta itu.

Pekerja bahagian keceriaan, Hilman Abdul Fatah, 69, berkata dia berharap kerajaan negeri segera membaik pulih PIBT terbabit sekali gus menjana ekonomi penduduk setempat.

"Tidak sepatutnya jadi macam ini kerana PIBT ini tempat utama pengunjung menikmati makan malam sebelum ini, bukan saja dari Melaka, malah Johor dan Singapura. Kesan pandemik Covid-19 menyebabkan tempat ini musnah.

"Memang menyedihkan tetapi diharap kerajaan dapat ambil alih," katanya.

Peniaga, Norhashima Hasim, 51, berkata dia terpaksa menutup perniagaan di PIBT dan berpindah ke lokasi lain disebabkan tidak mampu lagi menampung kos kerana tiada pelanggan.

"Diikutkan pada Januari lagi, PMH minta peniaga serahkan kunci gerai, namun kami cuba bertahan sehinggalah pada bulan puasa lalu, terpaksa 'angkat kaki' sebab tiada pelanggan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCorp), Datuk Mohd Yusof Abu Bakar berkata, PIBT terbabit ditutup pada Januari lalu dan akan ditransformasikan menjadi chalet yang turut dilengkapi taman tema air mini.

Menurutnya, perancangan penjenamaan semula akan dilaksanakan tahun depan, yang turut dilengkapi jeti pelancongan untuk memudahkan pengunjung ke Taman Laut Melaka.

Katanya, pembinaan itu membabitkan dua fasa, iaitu fasa pertama bernilai RM5 juta menggunakan peruntukan Mcorp, manakala fasa kedua dirancang dibiayai peruntukan RM32 juta bagi membina jeti berkenaan.


Keadaan gerai ikan bakar dan kemudahan lain yang rosak dan terbiar ketika tinjauan Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai, Jasin. Foto Meor Riduwan Meor Ahmad.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-terbiar-dan-rosak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:17 PM | Show all posts
penah mkn dinner sini dulu
sayang betol sbb dh terbiar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058680 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list