CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 880|Reply: 0

Tekad jeneral padang

[Copy link]
Post time 25-10-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode

HABIB semasa sidang media menjelang perlawanan Piala AFC 2023 menentang Stallion Laguna FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Kapten Terengganu FC (TFC), Habib Haroon meletakkan harapan yang tinggi agar kecederaan yang dialaminya dapat pulih sepenuhnya menjelang pertemuan dengan kelab Filipina, Stallion Laguna FC pada aksi ketiga Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, petang esok.

Jelas pemain kelahiran Bahrain itu, dia berazam untuk membantu pasukannya melakar kemenangan kedua lebih-lebih lagi peluang untuk melakukannya begitu cerah.

Bagaimanapun pemain berusia 23 tahun itu menyerahkan kepada pihak perubatan sama ada dia dibenarkan beraksi dalam perlawanan itu ataupun sebaliknya selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), dalam saingan Piala Malaysia.

Selain Habib, pertahanan tengah, Safwan Mazlan mengalami kecederaan hamstring sekali gus memaksanya menjadi penonton petang esok.

"Persediaan pasukan berjalan seperti biasa kerana setiap perlawanan adalah penting, jadi saya harap kami akan dapat kekuatan untuk meneruskan kecemerlangan dan seterusnya mendapat tiga mata.

"Saya juga harap kecederaan yang saya alami cepat sembuh, jika dapat bermain sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik dalam misi wajib menang itu.

"Namun terpulang kepada pihak perubatan dan jurulatih sama ada mahu menyenaraikan saya atau sebaliknya," katanya ketika ditemui pada sidang media menjelang perlawanan itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Ketika ditanya mengenai pasukan lawan yang tumpas dalam dua perlawanan berturut-turut dengan jumlah jaringan yang besar, pemain yang pernah beraksi di pentas Asia itu bersama kelab negaranya enggan memikirkan pasukan berkenaan.

"Saya tidak fikir berkaitan pasukan lawan, cuma fokus saya adalah kepada pasukan kami," katanya yang akui motivasinya dan rakan sepasukan berada pada tahap prestasi terbaik terutama selepas menumpaskan KL City FC, 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu lalu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ekad-jeneral-padang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.060618 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list