CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7258|Reply: 21

UFO TANJUNG SEPAT

[Copy link]
Post time 8-2-2011 12:35 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by pakcikthe0ne at 8-2-2011 00:37

ada tak sesiapa yg penah dengar cerita pasal cerita ni...  
Witness Testimonial

Malaysia Star Newspaper 18Oct95 color (and timed b&w) photos & Journalist & many witnesses of 3-mile-wide whole-body glowing yellow typical Flying-Saucer (with th hovered many nights at Kampung Tanjung Sepat forest, near the yet-to-be-built currently KLIA (Kuala Lumpur International Airport).I have the original Newspaper clippings. Interesting that village folks had seen "pillars of light" in the forest. So aborigines (orang-asli) claimed to have been kidnapped. Village folk had seen the undercarraige of the huge craft as it flew overhead inthe day time.Mutual UFO Network Walter-Andrus is quoted in the newspaper reports.

These are my Cell-phone photos of the newspaper, my Scanner is kaput, so i could not do a nice high-re for u. Later will try.I never saw the UFO, i just have the newspaper-clippings since i am surprised that this clear UFO incident is NOT listed at Wikipediap






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2011 12:42 AM | Show all posts
iada Cadangan Kaji Misteri UFO
Berita Harian
23.10.95


MIRI, Ahad - Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tidak bercadang membuat kajian saintifik mengenai misteri objek terbang tidak dikenali (UFO), yang didakwa kelihatan di kawasan Tanjung Sepat Laut, Sepang sejak sebulan lalu. Menterinya, Datuk Law Hieng Ding, berkata usaha itu mungkin tidak berhasil apatah lagi tiada ahli sains atau negara di dunia ini dapat menjelaskan dengan tepat apa sebenarnya objek itu sehingga kini.

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Miri sebaik tiba dari Kota Kinabalu, petang semalam, beliau berkata, bagaimanapun, Bahagian Kajian Sains Angkasa (Baksa) yang diketuai Dr Mazlan Othman di kementeriannya masih menyiasat lanjut. Katanya, beliau turut menyentuh mengenai UFO dalam pertemuan singkatnya dengan ahli astronomi, Prof John H Parkinson dari Mullard Space Science Laboratory, University College of London, di Kota Kinabalu semalam.

"Parkinson sendiri sebagai manusia biasa tidak percaya benda itu. Oleh itu, saya juga berpendapat kita tidak perlu mengambil serius mengenainya. Tidak salah jika nak buat kajian tetapi saya rasa tidak ada keperluan saintifik ke arah itu. "Ini kerana kita tidak nampak sebarang kerosakan berlaku. Jika benar ada sesuatu datang dari ruang angkasa misalnya mendarat di ladang sawit, mana kesannya, malah tidak ada tanda langsung macam mana ia mendarat," katanya. Parkinson berada di Sabah bagi meninjau gerhana penuh matahari di Matunggong, Kudat Selasa ini dan dilaporkan akan menggunakan fenomena itu untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai ukuran diameter sebenar matahari berikutan dakwaan sesetengah saintis yang saiznya semakin mengecil.

Penduduk Tanjung Sepat Laut sebelum ini mendakwa melihat UFO di langit kawasan itu empat kali sejak sebulan lalu. Mereka mendakwa melihat kapal angkasa asing sebesar padang bola dan tinggi bertingkat-tingkat dengan pancaran lampu merah, oren dan hijau di sekelilingnya. Mereka juga mendakwa melihat makhluk asing berwarna hijau, setinggi 60 sentimeter dengan bertelinga panjang serta bermata merah kecil. Bagaimanapun, mereka tidak merakamkan gambar pesawat dan makhluk asing itu. Amerika Syarikat melalui Nasa sudah menjalankan kajian mengenai UFO sejak berpuluh tahun lalu dan mengeluarkan belanja berbilion ringgit. Bagaimanapun, pada 1993, mereka menghentikan kajian itu kerana beranggapan ia membazir apabila tiada jawapan ditemui.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:42 AM | Show all posts
penah.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 12:46 AM | Show all posts
Isu UFO Gamatkan Dewan
Harian Metro
31.10.95


PERISTIWA pendaratan UFO di Kampung Tanjung Sepat Darat baru-baru ini menggamatkan mesyuarat penuh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di sini, semalam. Ahli majlis, Chua Tong Seng ingin tahu sama ada MDKL akan mebuat siasatan mengenai perkara yang menggemparkan orang ramai termasuk pelancong dari luar negara. "Saya lihat orang ramai termasuk pelancong pergi ke tempat berkenaan bagi menyaksikan kononnya ada makhluk asing sehingga ada yang sanggup bermalam di situ," katanya.

Katanya, beliau ingin tahu sama ada MDKL akan memnbuat kajian mengenai perkara itu atau sebaliknya. Bagaimanapun, katanya, peristiwa itu memberi pendapatan tambahan kepada penduduk yang mengambil kesempatan menjual makanan ringan dan air minum kepada pengunjung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 12:47 AM | Show all posts
penah.........
cik_kiah Post at 8-2-2011 00:42
cerita skit... {:3_83:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 12:48 AM | Show all posts
UFO Terus Jadi Misteri
Berita Minggu
17.12.95
oleh : Nurul Adlina Kamaludin


Ini adalah Wawancara Nurul Adlina Kamaludin dengan penyelidik bebas UFO, Steve Foley mengenai dakwaan kemunculan UFO dan makhluk asing di Tanjung Sepat Laut, Sepang, baru-baru ini. (STF) - Kejadian misteri penduduk Tanjung Sepat Laut, Sepang, Selangor yang melihat UFO (objek terbang yang tidak dikenali) serta dakwaan kononnya terserempak dengan makhluk asing berwarna hijau sepanjang Oktober lalu, menimbulkan semula tanda tanya mengenai kewujudan objek asing yang masih belum terjawab sehingga kini. Persoalannya apakah misteri itu benar atau khayalan semata-mata?

Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin menemubual penyelidik bebas UFO, Steve Foley yang juga Pengerusi Persidangan Sehari UFO Malaysia bermula hari ini, sempena pelancaran Pertubuhan Penyelidikan UFO Asia (UFORIA), bagi mendapatkan pandangan beliau. APAKAH sebenarnya UFO? UFO atau objek terbang yang tidak dikenali adalah satu kejadian misteri alam yang masih belum terjawab sehingga kini. Ia berlaku di seluruh dunia dan mereka yang melihatnya mengenal pasti sama ada objek itu berupa piring terbang dan kapal angkasa dengan pelbagai reka bentuk, malah ada yang mendakwa terserempak dengan makhluk asing. Ia terlalu aneh sehingga pakar sains serta penyelidik belum menemui jawapan.

Oleh itu, boleh dikatakan, ada pelbagai takrifan sebenar UFO dan terpulang kepada tafsiran saksi yang melihatnya kerana tiada seorang pun pakar rujuk yang boleh memberi jawapan tepat. Tetapi kita tidak boleh menafikan kewujudannya seperti yang diakui saksi serta rekod yang ada. Ada pihak berpendapat sebahagian besar kejadian UFO adalah satu imaginasi, malah ini diakui pakar Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang menghentikan penyelidikan pada 1993 kerana menganggap 90 peratus kejadian UFO tidak benar.

Pada pandangan anda? Lebih tepat kalau dikatakan begini - mereka yang melihat sesuatu kemalangan itu dianggap saksi, manakala mereka yang melihat UFO dianggap sebagai gila, penipu dan sebagainya. Mengapa ini berlaku sedangkan kedua- dua saksi itu melihat satu kejadian? Ini kerana, kemalangan itu diakui satu kejadian yang benar-benar berlaku, manakala UFO itu satu misteri dan hanya dilihat oleh segelintir orang. Oleh itu, sudah ada persepsi bahawa mereka yang melihat UFO sebenarnya bermimpi.

Amerika Syarikat misalnya boleh mengeluarkan dakwaan itu kerana penyelidikan mereka sudah menemui jalan buntu, ditambah pula dengan pembabitan ejen kerajaan seperti CIA dan FBI yang kalau boleh, akan menutup dan melindungi misteri ini. Bagaimana anda hendak menuduh seseorang itu penipu kalau ada antara individu yang melilhat objek asing itu menunjukkan gambar sebagai bukti mereka? Apakah bukti UFO yang paling nyata pernah dikemukakan oleh individu yang mendakwa melihatnya dan adakah ini diterima sebagai petunjuk kewujudan UFO?

Seperti yang saya katakan, bukti paling nyata adalah gambar. Di Malaysia misalnya, kejadian di Sepang itu turut dirakam oleh wartawan serta jurugambar sebuah akhbar Inggeris tempatan. Malah bukti ini (menunjukkan buku mengenai UFO dengan sekeping gambar UFO di sebalik sebuah pokok di waktu senja) dianggap benar kerana pakar fotografi yang mengkajinya berkata jika itu adalah teknik fotografi semata-mata, ia memerlukan belanja yang amat besar. Bagaimanapun, ada bukti lain misalnya di Sheffield, England dengan tayangan sebuah filem hitam putih di dewan Persatuan Penyelidikan UFO Britain (Bufora) membabitkan pembedahan oleh saintis ke atas makhluk asing yang pesawatnya terhempas di New Mexico pada 1947.

Ini adalah peristiwa terkenal UFO Roswell yang menunjukkan makhluk dalam filem itu memiliki kepala besar tanpa rambut, dengan mata besar seperti cicak pada sebahagian besar muka dan mempunyai enam jari di tangan dan kaki. Walaupun pakar filem mengakui filem itu adalah tulen, seperti yang saya katakan tadi, disebabkan tiada pakar rujuk khas atau tiadanya komitmen daripada kalangan pihak berkuasa untuk mengakui kesahihannya, bukti ini masih menjadi misteri.

Apakah tujuan sebenar diadakan persidangan ini? Tujuan utama adalah untuk mengumpulkan mereka yang pernah menyaksikan sendiri UFO ini di sekitar Malaysia, bertukar-tukar fikiran dan pengalaman mengenai misteri itu serta mengupas mengenai isu UFO itu. Misalnya, antara penceramah utama adalah Ahmad Jamalludin yang membuat kajian sendiri berdasarkan pengalamannya melihat UFO sejak 30 tahun lalu dan pakar video yang akan menerangkan perbezaan di antara gambar tipu serta yang tulen serta pengalaman wartawan dan jurugambar akhbar The Star yang melihat sendiri UFO di Sepang. Kita juga akan menujukkan video serta slaid gambar kejadian misteri UFO.

Mengapa perlu ditubuhkan Pertubuhan Penyelidikan UFO Asia (Uforia) di Malaysia? Saya berpendapat sudah tiba masanya satu pertubuhan khas ditubuhkan bagi menggabungkan mereka yang pernah melihat UFO, ahli persatuan sains terbabit, penyelidik serta pakar dan mungkin juga pegawai Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar, bukan saja dari kalangan rakyat ini tetapi juga sekitar Asia. Ini kerana jika di Britain ada Bufora, apa salahnya ditubuhkan satu pertubuhan seumpamanya di sini kerana misteri UFO itu turut berlaku di rantau ini.

Secara langsung, Kuala Lumpur akan dijadikan tempat bagi penyelidik berlainan negara ini bertemu dan berbincang mengenai isu UFO itu. Saya yakin ia akan mendapat sambutan kerana UFO adalah satu fenomena yang mendapat perhatian pelbagai peringkat masyarakat. Misterinya yang belum terjawab s
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2011 12:49 AM | Show all posts
penah baca jer
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:49 AM | Show all posts
tu pong baca yg pokcik neh:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2011 12:51 AM | Show all posts
Jurugambar Dakwa Lihat Objek Terbang
Berita Harian
18.12.95

KUALA LUMPUR, Ahad - Jurugambar sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris mendakwa cahaya putih yang dilihatnya di Tanjung Sepat Laut, Sepang, kira-kira dua bulan lalu sebagai objek terbang yang tidak dikenali (UFO). RickyLai, 31, dari akhbar The Star berkata, cahaya itu amat terang dan menakjubkan. "Saya berpeluang mengambil gambar cahaya itu tetapi ia nampak kecil sahaja. Saya tidak dapat melupakan peristiwa itu sepanjang hidup, kalau boleh saya mahu melihat piring terbang dan mahkluk halus dari planet lain," katanya kepada pemberita selepas PersidanganSehari Mengenai UFO di Malaysia, di sini hari ini.

Sambil menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat melihat UFO, Ricky berkata dia ke sana untuk melihat sendiri perkara itu selepas penduduk kampung berkenaan gempar kononnya melihat UFO. "Setelah lama menunggu sepanjangmalam, saya melihat satu pancaran cahaya yang kuat dan begitu rendah sekali dengan bumi. "Cahaya berkenaan kelihatan hingga beberapa kilometer dan ia seakan jatuh ke bumi. Saya terpegun kerana belum pernah melihat pemandangan sedemikian sebelum ini," katanya. Selepas melihat bendaitu, beliau memeriksa kawasan sekeliling bagi memastikan kesan pendaratan tetapi gagal menemui sebarang bukti.

Selepas itu, Ricky, antara 70 peserta persidangan pertama seumpamanya dinegara ini, bersama beberapa rakan lain berkhemah seminggu di tempat yang sama tetapi tidak berpeluang melihatnya buat kali kedua. Seorang lagi peserta, Datin Michou Norazian Mustakim, mendakwa melihat piring terbang di depan rumahnya sewaktu sarapan pagi ketika beliau dan keluarga tinggal di NewZealand, tidak lama dahulu.

"Saya sempat menyaksikan peristiwa menakjubkan itu selama dua minit, selepas itu ia hilang begitu saja," katanya. Menurutnya, beliau takut apabila melihat objek aneh itu tetapi selepas itu seronok kerana berpendapat dia antara segelintir penduduk bumi yang berpeluang melihat UFO. Sementara itu, Pengerusi Persidangan Sehari UFO Malaysia, Steve Foley, berkata sambutan penduduk negara ini, terutama mereka yang pernah melihat UFO, menggalakkan.Menurutnya, persidangan itu adalah permulaan bagi negara ini dalam usaha memberi pemahaman kepada rakyatnya mengenai UFO.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 12:56 AM | Show all posts
tu pong baca yg pokcik neh
cik_kiah Post at 8-2-2011 00:49


hadoiii cik kiah buwat lawok la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:58 AM | Show all posts
betul ke neh pokcik?kiah xpaham..dorang neh dtg dr mana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:58 AM | Show all posts
kiranya dorang neh makluk allah jugat la yek
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:58 AM | Show all posts
makan manusia taks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 01:13 AM | Show all posts
makan manusia taks
cik_kiah Post at 8-2-2011 00:58

pakcik makan cik kiah boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:03 AM | Show all posts


iols penah merasai kehebatan ufo itewwww
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:06 AM | Show all posts
Reply 10# pakcikthe0ne


   nih sumer berlaku kat queensland ker queenstown kertu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 12:24 PM | Show all posts
bnm lah orangnya yg turun dr ufo itew pakcik  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 05:07 PM | Show all posts
bnm lah orangnya yg turun dr ufo itew pakcik
bnmbnm Post at 8-2-2011 12:24

huh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2011 05:09 PM | Show all posts
Reply  pakcikthe0ne


   nih sumer berlaku kat queensland ker queenstown kertu??
blazzard Post at 8-2-2011 10:06
ada ka bandar tanjung sepat dekat australia ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 05:11 PM | Show all posts
ouh tak baca sumer artikel kertu ..saj nak mention queensland ngn queenstown..kertu kan tgh glemer pasal benda nih..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.103710 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list