CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1259|Reply: 0

[Perak] Tanah runtuh, tiga termasuk wanita warga emas selamat

[Copy link]
Post time 8-11-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN tanah runtuh di Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan Baru, Manjoi, hari ini. FOTO Ihsan Bomba

Ipoh: Seorang wanita warga emas antara tiga individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Manjoi dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 73 tahun bersama dua lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung runtuhan itu pada 4.34 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Pasir Puteh digerakkan dan tiba kira-kira setengah jam kemudian di lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi mendapati tanah runtuh berlaku di tepi rumah lereng bukit yang berkeluasan kira-kira 10 x 80 kaki persegi.



"Tindakan yang dijalankan oleh anggota BBP Pasir ialah mengosongkan rumah yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata anggota bomba turut mengalihkan sebuah van yang terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -warga-emas-selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.205100 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list