CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 876|Reply: 0

Alex Marquez mampu jadi ‘pengacau’

[Copy link]
Post time 11-11-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 11-11-2023 01:21 PM


ALEX Marquez mempamerkan prestasi tunggangan mantap muncul terpantas dengan catatan sepusingan satu minit 57.823 saat (s) pada sesi sebelah petang, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO

SEPANG: Pelumba MotoGP dari Sepanyol, Alex Marquez melaungkan amaran awal di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam, apabila dia menjanjikan saingan sengit kepada Francesco Bagnaia dan Jorge Martin yang terbabit dalam pertarungan dua penjuru bagi merebut gelaran dunia.

Pada sesi latihan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia, pelumba yang mewakili pasukan Gresini Racing MotoGP itu mempamerkan prestasi tunggangan yang mantap apabila muncul terpantas dengan catatan sepusingan satu minit 57.823 saat (s) pada sesi sebelah petang.

Pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin yang menjadi pencabar kepada Bagnaia dalam perebutan gelaran MotoGP, musim ini, tidak mampu memintas adik kepada juara dunia lapan kali, Marc Marquez itu apabila dia sekadar mencatat 1:57.997s untuk menghuni tangga kedua.

Jack Miller (Red Bull KTM Factory Racing) turut mempamerkan kebangkitan prestasi di Sepang apabila pelumba Australia itu yang berusaha gigih pada sesi latihan untuk merebut tempat terakhir dalam kelompok tiga terbaik dengan masa 1:58.232s.

Dengan keadaan cuaca Malaysia yang kini memasuki musim tengkujuh, rata-rata pelumba begitu berhati-hati dalam pemilihan tayar jentera masing-masing apabila awan mula mendung di Sepang sebelah petang.

Dalam pada itu, pelumba Itali, Bagnaia dari Ducati Lenovo Team sekadar melengkapkan aksinya tempat kelapan menerusi catatan masa 1:58.420s.

Bagnaia dan Martin, memburu kejuaraan pada perlumbaan sebenar, Ahad ini, bagi mencerahkan peluang merangkul gelaran dunia yang hanya berbaki tiga pusingan termasuk GP Malaysia.
Penyandang juara dunia, Bagnaia kini mengumpul 389 mata untuk berada di kedudukan pendahulu senarai pelumba MotoGP, manakala, Martin menghuni tempat kedua setelah mengutip 376 mata.
Pertarungan dua penjuru antara Bagnaia dan Martin dijangka berlanjutan sehingga ke pusingan terakhir di Valencia yang menjadi perlumbaan penutup musim pada 26 November ini. –UTUSAN




https://www.utusan.com.my/berita ... ampu-jadi-pengacau/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.222539 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list