CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 0

Helmi, Azroy dapat jentera terbaik

[Copy link]
Post time 11-11-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

HELMI yang terpilih bersaing dalam wildcard Moto2 bakal dibekalkan enjin baharu termasuk casis dari Kalex 2023 pada GP Malaysia di SIC minggu ini.

SEPANG – Dua pelumba negara yang bersaing pada Grand Prix (GP) Malaysia menerusi kelas Moto2 dalam Kejuaran Motosikal Dunia (MotoGP) bakal menggunakan jentera terbaik dan turut dibekalkan pakej spesifikasi terkini.

Pengurus pasukan Petronas MIE Racing RW, Razmin Masli Abdul Razak berkata, dua pelumba negara iaitu Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman yang terpilih bersaing dalam wildcard Moto2 bakal dibekalkan enjin baharu termasuk casis dari Kalex 2023.

Tegas Razmin, pihaknya turut dibantu pasukan yang bersaing pada perlumbaan CEV Sepanyol untuk menyiapkan jentera mereka sepanjang perlumbaan GP Malaysia bermula semalam dan pada Ahad nanti.

“Bagi pelumba wildcard Moto2 ini, kita akan guna peralatan terkini dan enjin yang dibekalkan oleh penganjur perlumbaan juga yang terbaharu.

“Cuma ketika ini kita cuma perlu lebih menggunakan teknologi elektronik yang ada untuk mendapatkan keputusan terbaik.

“Kita juga dapat info daripada kumpulan yang bekalkan enjin ini daripada pasukan Moto2 tentang bagaimana cara untuk dapat prestasi terbaik. Insya-Allah kesemua info yang kita dapat daripada elektronik, casis, enjin kita akan buat terbaik.

“Perkara paling penting ialah semua pakej yang kita dapat ini berfungsi dengan baik buat dua pelumba negara,” katanya ketika ditemui di Sepang semalam.

Ketika ditanya bagaimana proses pemilihan pelumba wildcard, Razmin turut menegaskan dua pelumba terbabit terpilih berdasarkan potensi yang mereka tunjukan sewaktu Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

“Kita cuba mengetengahkan bakat yang ada di Malaysia ini. Sewaktu di ARRC tiga pelumba Malaysia memberi saingan hebat. Mereka bertiga ialah Khairul Idham Pawi, Azroy dan juga Helmi.

“Dari ketiga-tiga pelumba ini kita mereka ada potensi untuk diketengahkan. Tetapi buat masa ini kita berikan peluang kepada Khairul Idham beraksi atas tiket wildcard di WSBK. Justeru, menjelang perlumbaan nanti, kita sasarkan Azroy dan Helmi tamatkan perlumbaan kerana bukan mudah untuk dapatkan mata di pentas kejuaraan dunia.

“Bagi saya, mereka kurang pengalaman bersaing dengan jaguh dunia sebelum ke sini. Jadi, misi utama kita mahu mereka berdua kumpul pengalaman sebanyak mungkin dan selepas itu kita aturkan perjalanan mereka,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... at-jentera-terbaik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.191707 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list