CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8174|Reply: 0

Perebutan gelaran dunia MotoGP diheret ke Qatar

[Copy link]
Post time 12-11-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode

PELUMBA Prima Pramac Racing, Jorge Martin (kanan) mengekori pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (GP) Malaysia - FARIZ RUSADIO

SEPANG – Perebutan takhta gelaran kejuaraan dunia MotoGP 2023 antara Francesco Bagnaia dan Jorge Martin terus diheret pada baki dua pusingan perlumbaan di Grand Prix (GP) Qatar (20 November) dan Valencia (26 November).

Pada saingan tersebut, dua pencabar utama, Bagnaia dan Martin dari Pramac Racing masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dan keempat selepas saingan itu dimenangi pelumba pasukan Ducati, Enea Bastianini.

Hasil keputusan tersebut, Bagnaia terus mendahului carta kejuaraan dunia dengan mengumpul 412 mata, memiliki kelebihan 14 mata ke atas Martin yang mengekori rapat di kedudukan kedua.

Bagnaia mengakui dia gembira dengan keputusan tersebut selepas usaha untuk merapatkan kedudukan dengan pelumba Gresini Racing, Alex Marquez di tempat kedua tidak berhasil apabila mengalami masalah pada brek.

“Saya cuba untuk merapatkan kedudukan dengan Alex tetapi saya bergelut dengan masalah brek. Jadi, saya hanya kekal dengan kedudukan tersebut.

“Secara keseluruhan saya gembira kerana dapat mempertahankan kelebihan dalam kejuaraan dunia,” kata Bagnaia selepas tamat perlumbaan di sini hari ini. -KOSMO! Online
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... p-diheret-ke-qatar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.056454 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list