CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3077|Reply: 0

[Perak] Mangsa banjir Perak kekal

[Copy link]
Post time 15-11-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode

Anggota APM melakukan tinjauan banjir di sekitar daerah Kerian, Perak. - Foto APM

TELUK INTAN: Mangsa banjir di Perak pagi ini kekal 217 orang daripada 62 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Jumlah terbabit tidak berubah berbanding yang direkodkan jam 12 tengah malam tadi.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat jam 8 pagi menunjukkan, Hilir Perak masih daerah paling terjejas dengan merekodkan 128 mangsa (37 keluarga) ditempatkan di dua PPS, diikuti daerah Kerian yang merekodkan sejumlah 80 mangsa (23 keluarga) dipindahkan ke dua PPS.

Turut terjejas adalah daerah Kinta melibatkan pemindahan sembilan mangsa (dua keluarga) di dua PPS.



Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dekat sini mencecah 3.55 meter (m), melepasi paras bahaya 3.50m.

Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula berada pada paras berjaga-jaga apabila merekodkan bacaan 13.51m (paras berjaga-jaga bagi Sungai Kinta, 13.00m).

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut melaporkan penutupan jalan persekutuan di beberapa daerah berikutan situasi banjir semasa.
https://www.bharian.com.my/berit ... -banjir-perak-kekal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.066371 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list