View: 3147|Reply: 0
|
Juara bertahan tersingkir
[Copy link]
|
|
PEMAIN Finland, Heliovaara dan Virtanen berpelukan selepas menewaskan beregu Kanada. FOTO Reuters
Málaga, Sepanyol: Finland menyingkirkan juara bertahan Kanada 2-1 dalam saingan lapan terakhir Piala Davis di Malaga, awal pagi tadi.
Susulan kemenangan di Piala King Billie Jean awal November, Kanada berharap dapat meneruskan momentum di Piala Dunia tenis lelaki itu tetapi gagal yang menyaksikan Finland mara ke separuh akhir kali pertama.
Pemain Kanada, Milos Raonic menang 6-3, 7-5 ke atas Patrick Kaukovalta dalam aksi perseorangan pertama sebelum Otto Virtanen menghidupkan peluang Finland selepas menewaskan Gabriel Diallo 6-4, 7-5.
Gandingan Virtanen dan Harri Heliovaara menang 7-5, 6-3 ke atas Alexis Galarneau dan Vasek Pospisil yang diraikan ribuan penyokong Finland di Costa del Sol.
"Kami beraksi acara beregu dengan baik sekali dan gandingan kami sangat mantap," kata Virtanen.
Heliovaara pula mendedahkan dia tidak pernah bermain dengan rakan sepasukannya itu dalam acara beregu sebelum menentang Kanada.
"Kami tidak pernah berlatih walau satu mata sebelum hari ini. Kami hanya merangka taktik 15 minit sebelum perlawanan," katanya.
Kedua-dua pasukan tidak mempunyai bintang utama mereka selepas pemain Kanada Felix Auger-Aliassime dan pemain Finland, Emil Ruusuvuori mengalami kecederaan.
Finland akan menentang Australia atau Republik Czech pada separuh akhir pertama Jumaat ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bertahan-tersingkir |
|
|
|
|
|
|
| |
|