CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6847|Reply: 28

[Tempatan] Banyak projek tidak siap, kelemahan pengurusan hartanah di Langkawi sejak 2018- Laporan Ketua Audit Negara

[Copy link]
Post time 23-11-2023 03:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 23-11-2023 11:10 AM

ALOR SETAR, 22 Nov (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendapati pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) masih belum mencapai prestasi yang memuaskan kerana sebilangan projek pembangunan dan pelaburan swasta tidak dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.


Menurut LKAN 2022 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan (Jilid 1) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, pulangan hasil oleh lembaga itu juga tidak mencapai sasaran keberhasilan.


LADA juga didapati lemah dalam pengurusan pajakan tanah yang menyebabkan kegagalan kutipan hasil dan mendedahkan kepada risiko kehilangan tanah.


Menurut laporan itu, sejumlah RM408.22 juta telah diluluskan dan sejumlah RM255.20 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan 20 projek pembangunan di bawah Blueprint Pelancongan Langkawi (BPL), Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan RMK12 bagi menyediakan kemudahan infrastruktur pelancongan dan kemudahan awam.


Sebanyak 19 konsep pembangunan pula telah disediakan menerusi Pelan Induk Pembangunan Tanah Kosong (MasPlan) LADA bagi 2016 hingga 2030 bertujuan menarik pelabur swasta melaksanakan projek pembangunan di atas tanah LADA ke arah menjadikan Langkawi destinasi pelancongan dunia.


“Setakat 31 Dis 2022, hanya 11 (55 peratus) daripada 20 projek pembangunan siap manakala bagi projek pelaburan swasta hanya tiga (20 peratus) yang siap berbanding 15 projek.


“Perancangan pembangunan tanah kosong LADA pula menunjukkan hanya satu daripada 19 konsep pembangunan MasPlan dan Investment Guide telah dimeterai perjanjian dan dalam fasa pelaksanaan oleh pihak swasta. Ini telah menyebabkan pelancong dan penduduk tempatan lambat mendapat manfaat yang sepatutnya,” menurut laporan itu.


Sementara itu, secara keseluruhan, analisis audit mendapati kehadiran 780,176 pelancong pada 1990 telah meningkat lima kali ganda kepada 3.92 juta pada 2019.



Bagaimanapun, kedatangan pelancong menurun masing-masing kepada 1.80 juta dan 1.09 juta pada 2020 dan 2021 disebabkan pandemik COVID-19, sebelum ia melonjak kepada 2.58 juta pada 2022 hasil pengenalan program Gelembung Pelancongan.


Bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan dan memastikan ia tidak berulang pada masa hadapan, pihak audit mengesyorkan beberapa tindakan diambil oleh Kementerian Kewangan, LADA atau Jabatan Kerja Raya termasuk memantau rapi projek pembangunan LADA agar dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.


Ia turut mengesyorkan pengurusan perjanjian pajakan tanah dilaksanakan dengan teratur dan berkesan bagi menjamin kepentingan LADA dan kerajaan dalam aktiviti pembangunan hartanah oleh pelabur swasta bagi mengelakkan risiko kehilangan hasil dan hartanah.


“LADA perlu menambah baik pengurusan hartanah pelaburan yang dilaksanakan secara pengurusan langsung oleh LADA atau Pengurusan dan Operasi (M&O) bagi memastikan hartanah diuruskan secara cekap serta memberi pulangan sewajarnya,” menurut laporan itu.


LADA ditubuhkan pada 15 Mac 1990 sebagai sebuah badan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423), merupakan agensi di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangun dan memajukan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama bertaraf dunia.


-- BERNAMA



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2023 04:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 09:55 AM | Show all posts
management pun problem
acaner nk maju


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2023 10:50 AM | Show all posts
Ketika pelancong mengenepikan Langkawi, Ketua Audit Negara melaporkan kelemahan dan penyelewengan yang meluas dalam pengendalian pulau peranginan Lada sejak 2018; PAC menuntut Kementerian Kewangan menjelaskan pada 30 Nov

https://www.malaymail.com/news/m ... t-island-since-2018


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 10:52 AM | Show all posts
Itu perhatian aku, kerajaan Perpaduan Madanon punya storyline:

Semua perkara2 yang membawa kepada kegagalan & kehancuran negara bermula dari tahun 2018. Yang sebelum2 tu & selepas 2022 semua suci murni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
LADA la punca semuanya...ingatkan sanusi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
BeskotCekelat replied at 23-11-2023 10:52 AM
Itu perhatian aku, kerajaan Perpaduan Madanon punya storyline:

Semua perkara2 yang membawa kepada k ...

Byk projek terbengkalai kira berjaya ke ngok?

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
LADA ni di bawah Kem.Pelancongan kann?

Kannn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 12:58 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang paria la org org atas semua ni. Aku percaya sembang acik2 fb, gomen dan geng acah2 healing yang kata lamgkawi mahal. Ini punca dia yg jelas
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 02:45 PM | Show all posts
sayang langkawi tu semua dh adalama2 nti org dah taknk pi sana terpaksa tutup kedai
hrp2 tidakla..skrgni jgn percaya agenda2 jahat komunis nk dpt pemilikan kt langkawi mcm2 diorg bole buat media masa socmed titok byr duit jah depa laju buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke..kwn iolss kata bekas kakak ipar dia ade bisnes kat sana..ade rumah kat KL..siap bermewah2 je kata bisnes dia ok je..X de mslh pun...anak menantu duk beli kete musim2 gawat ni... Siap dah book ticket nak p berholiday main salji nak krismass nanti... Mn satu btl ni...iolss pelik je..tgk ramai je org up post kat FB p berholiday kat Langkawi Tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 02:53 PM | Show all posts
LADA tu dah ada menage langkawi dari awal lagi dia taulah mana yg baik dan tidak utk langkawi kenapa kena ikut kata org luar. biar pi la diorg nak maintain lagkwi ikut suka dia. mcm2 hal semua nk sebok..tu byk2 hotel dah ada kat langkawi nk lagu mana lagi? org langkwi ni jenis baik sgt dulu aku duk sana dok tengok diorg ni pulak keje dgn org yg datang ke tempat diorg..org langkwi tu asalnya nelayan petani jah pastu kaya instant jual tanah skrg apa yg tinggal lagi..kacau LADA pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 23-11-2023 02:53 PM
LADA tu dah ada menage langkawi dari awal lagi dia taulah mana yg baik dan tidak utk langkawi kenapa ...

Baca la report. LADA memang la tugas dia memajukan langkawi. Tapi masalahnya, banyak projek2 under LADA yg duitnya disalur oleh kerajaan persekutuan, tak siap seperti yg dijadualkan.
Rugi lah org2 langkawi & pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 11:13 PM | Show all posts
Apoo replied at 23-11-2023 03:52 PM
Baca la report. LADA memang la tugas dia memajukan langkawi. Tapi masalahnya, banyak projek2 under ...

BENGONG dia tu...Dia ingat macam kira2..maths budak PMR ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 09:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2023 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rombak je la management LADA tu
Hire la stok2 professional yg ada international exposure...ni mesti letak management stok2 level kampong.com otak sempit malah bodoh bahlol baghal x reti buat keje khueennnzzz
Bodoh sgt ke x reti nk guna khidmat head hunter??
Tukar je management tu and replaced them with professional talent.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 23-11-2023 11:13 PM
BENGONG dia tu...Dia ingat macam kira2..maths budak PMR ke?

Math budak pmr lagi betul dari math auditor yg tugas keluar repot menampakan sesuatu itu betul bagi pihak mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tkyah nk amik hak org langkawi lantak dialh nak manage level kpg ke apa. Lama2 dunia ciptaan manusia akan lenyap akan rosak juga. Biar je lah mcm kpg mcm asal. Tkde sapa yg pujuk dtg lgkwi pon. Kalau tk ckup org kpg aku bole tolong jadi org kpg lgkw. Hidup org kapong!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis baru je gi langkawi haritu
Ok je langkawi
Food murah sedap , coklat murah
laut pon cantik
Aman2 sbb x jem macam cameron

Dari cameron baik aku gi langkawi
Baru healing
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.120513 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list