CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1715|Reply: 5

[Politik] Biar gambar berbicara (pt 2)

[Copy link]
Post time 23-11-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 23-11-2023 10:16 AM



Penganalisis politik Mujibu Abu Muis berkata, dalam tempoh setahun ini, Perdana Menteri ke-10 itu berjaya memimpin kerajaan Pusat tanpa tekanan politik keterlaluan mahupun isu-isu berisiko yang mengganggu gugat pentadbiran negara.

"Kejayaan Anwar mengembalikan kestabilan politik bukan sahaja penting dalam meningkatkan keupayaan kerajaan membawa lebih banyak kebaikan kepada negara, malah turut memulihkan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi yang sebelum ini dianggap sakit, tenat," kata Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Felo Penyelidik ILHAM Centre itu kepada Bernama.

Mewarisi tampuk kepimpinan negara susulan gelora politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan negara dipimpin tiga Perdana Menteri berbeza dalam tempoh kurang empat tahun, Pengerusi PH itu awalnya dilihat berhadapan tugas sukar dalam mengemudi kestabilan bahtera Kerajaan Perpaduan.

Ramai pemerhati politik serta penganalisis, malahan pemimpin politik sendiri menjadi ahli nujum meramalkan Anwar bersama barisan Jemaah Menterinya cuma akan bertahan tiga atau empat bulan sahaja sebelum tenggelam dibadai "gelombang hijau" yang dibawa gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN).

"Kerajaan-kerajaan terdahulu (pasca-PRU14) sentiasa dalam keadaan ragu-ragu mengenai keabsahan mereka. Kini, ragam politik tanpa henti itu tidak berlaku di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ada sokongan kuat di Parlimen, jadi boleh fokus sepenuhnya pada pembangunan negara," kata Mujibu.

Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, lima hari selepas PRU15 sebelum mengumumkan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri serta 28 ahli Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan pada 2 Dis.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kedah Dr Jazimin Zakaria menyifatkan Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berjaya membentuk barisan Kabinet dengan pengalaman luas dalam aspek pentadbiran.

"Ramai menteri heavy weight dalam Kerajaan Perpaduan, ini satu bonus dan hasilnya pelbagai dasar baharu seperti Ekonomi MADANI dan lain-lain yang menyentuh kepentingan serta kebajikan rakyat berjaya diperkenalkan dalam tempoh singkat satu tahun ini," katanya.

Jazimin pada masa sama menyifatkan pendekatan pentadbiran Anwar dengan menekankan prinsip tatakelola baik selain terbuka dalam menerima pandangan mahupun kritikan berjaya menambat hati rakyat yang kini menganggap suara mereka lebih didengari berbanding pentadbiran terdahulu.

-Astro Awani

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 11:56 AM | Show all posts
terkebil2 Abahcow kena 'basuh'dgn Piji



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kate nye…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang neh terdesak nak tukar kerajaan sblm agong baru naik


Bila sultan johor naik mmg abes laaa si katak lompat pengacau kestabilan kerajaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2023 10:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tkde la bagus sgt anwart & co.. cuma kot nk tukar pun sapa?
buat masa skrg kot tk puas hati, boleh lah hantam . tp lama² letih la. kerajaan tukar ganti. kehidupan kita gitu jugek
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.338284 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list