View: 3855|Reply: 0
|
F1: Verstappen sedih berpisah dengan RB19
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN melengkapkan kemenangan ke-19 musim ini selepas menguasai saingan GP Abu Dhabi kelmarin. - AFP
ABU DHABI – Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen menamatkan perlumbaan Formula Satu (F1) 2023 dengan kejayaan luar biasa selepas memecah rekod 19 kemenangan sejurus menawan Grand Prix (GP) Abu Dhabi malam semalam.
Pada perlumbaan penutup tirai tersebut, Versttapen yang telahpun menjuarai gelaran dunia F1 lebih awal sewaktu di GP Qatar pada Oktober lalu terus mencipta kemenangan dalam baki enam pusingan uang berakhir di Abu Dhabi.
Sebagai rekod, Verstappen hanya gagal menaiki podium sekali iaitu di GP Singapura selepas menamatkan perlumbaan tempat kelima, manakala di Arab Saudi dia menamatkan di tempat kedua dan ketiga di Azerbaijan.
Keputusan itu membolehkan dia menamatkan perlumbaan 2023 dengan mengumpul 575 mata dan meninggalkan pesaingnya dari Ferrari, Sergio Perez di tempat kedua dengan 285 mata dan Lewis Hamilton tempat ketiga dengan 234 mata.
Verstappen mengakui 2023 adalah musim yang luar biasa bagi pasukanya dan turut memberi penghormatan kepada ketua pasukan Alpha Tauri, Franz Tost yang akan bersara.
“Saya agak beremosi sedikit kerana ini kali terakhir saya dalam jentera yang terbaik RB19 yang telah memberi saya kejayaan luar biasa terutama menjulang kemenangan.
“Terima kasih kepada semua dan juga buat Franz Tost kerana kami berada di bawah sayapnya sebelum ini. Tahun ini adalah satu kejayaan luar biasa bagi saya dan pasukan khususnya.
“Saya sangat berbangga untuk menang di sini pada perlumbaan terakhir dan saya perlu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang di Red Bull. Ia merupakan tahun yang luar biasa dan sukar untuk melakukan sesuatu yang serupa seperti ini lagi,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... rpisah-dengan-rb19/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|