CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4825|Reply: 0

Maleeq Dragster cipta sejarah, juara RCS Championship Series Japan

[Copy link]
Post time 30-11-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Pelumba cilik, Maleeq Dragster mencipta sejarah apabila menjadi anak Malaysia pertama yang berjaya membawa pulang trofi kejuaraan RCS Championship Series Japan musim ke-12 baru-baru ini.

Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri, 4, berjaya menewaskan pelumba-pelumba dari negara lain antaranya China, Jepun, Thailand dan banyak lagi di kejohanan yang berlangsung di Tokyo Summerland, Jepun itu.

Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Sri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan Maleeq merupakan satu kebanggaan negara dan hasil latihan serta keringat anak muda itu tanpa henti.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah. Kejayaan maleeq mencipta sejarah pelumba pertama malaysia menjuarai RCS di Jepun sesuatu yang sukar untuk luahkan. Kami semua menangis kegembiraan.

“Kejayaan ini membawa kegembiraan dan kepuasaan seorang ayah melihat kejayaan anaknya berlumba dan seterusnya mengharumkan nama negara. Maleeq membuktikan dia tidak putus asa dan berusaha menjadi yang terbaik di Jepun,”katanya.

Tambah membanggakan, Maleeq yang merupakan naib juara bagi RCS Championship Series Japan musikm ke-11 itu juga berjaya merangkul Anugerah Top 6 dalam kejohanan sama bagi kategori kanak-kanak berusia empat tahun.

Kedudukan tempat kedua bagi kejohanan itu diraih pelumba dari China, Kang Minghao manakala wakil tuan rumah, Towa merangkul tempat ketiga.

Dalam pada itu, jelas Wan Mohd Muzri lagi, Maleeq menjalani latihan intensif di M8 Training Centre empat kali semingu dan sentiasa memastikan stamina kekal di paras terbaik dengan pelbagai aktiviti di rumah.

“Sebagai ibu bapa, kami yang merancang latihan dan strategi terbaik untuk persiapan terbaik anak-anak. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan.

“Untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Jepun, kami berlatih bersama team M8 Japan dan Lino Keiki.

“Membawa nama Malaysia dan nama pasukan M8 Malaysia ke peringkat lebih tinggi satu tanggungjawab yang besar. Untuk berada sebagai pelumba Malaysia pertama menjuarai RCS di japan menjadi satu harapan dan semangat yg kuat yang perlu ada dalam diri,” kongsinya.

Untuk info, 2022 juga merupakan tahun gemilang Maleeq apabila menjadi juara untuk sederetan pertandingan apabila meraih kejuaraan hattrick di Pushbike Grand Prix 2022, KPBY Championship 2022, Garuda Championship 2022, Race with Loversary (IBCC) 2022 dan Independent Race (IBCC) 2202.

Malah, Maleeq turut menakluk gelanggang di Thailand apabila bergelar juara di Racing Central Bangna, Bangkok, Thailand. Dia juga terus bertaring garang di Vietnam dan kemudian diangkat sebagai juara di Centrebike Bike Cup tahun lepas.

Anak muda itu juga berjaya mengekalkan kejuaraan di Rockfish Championship Thailand tahun ini dan M8 International Pushbike Series 2023.
https://www.utusan.com.my/nasion ... nship-series-japan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.666487 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list