CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19483|Reply: 40

[Tempatan] Pelanggan makan percuma 'berlakon' bayar guna kod QR dicetak sendiri

[Copy link]
Post time 1-12-2023 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Pelanggan makan percuma 'berlakon' bayar guna kod QR dicetak sendiri

https://www.bharian.com.my/berit ... -qr-dicetak-sendiri

Oleh Wartawan BH - Disember 1, 2023 @ 7:00am
[email protected]


Foto tangkap layar FB Yingzz Lim Dkj


Lelaki yang didakwa menggunakan kod QR dicetak sendiri ketika makan di sebuah restoran. - Foto tangkap layar FB Yingzz Lim Dkj

KUALA LUMPUR: Seorang individu dikesan sanggup menipu dengan memanipulasi kaedah bayaran secara digital, demi untuk menikmati makanan secara percuma di sebuah restoran.

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di Seremban dan hanya disedari oleh seorang pelanggan restoran berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ying, yang berkongsi pengalaman 'menyedihkan' itu .

Menurut Ying, terdapat seorang pelanggan seolah-olah membuat pembayaran makanannya melalui kemudahan kod QR Touch N' Go.

Namun hakikatnya, pelanggan itu bertindak licik dengan menampal kod QR yang dicetaknya sendiri di kaunter sebelum berlakon 'membayar' makanannya dan keluar dari restoran seperti tiada apa yang berlaku.

Lebih malang, beberapa pelanggan lain turut membayar bil mereka melalui kos QR milik pelanggan tidak dikenali itu.

Ketika Yin menyedari kejadian terbabit, pelanggan tidak dikenali itu dipercayai sudah menerima lebih RM100 hasil 'bayaran' oleh pelanggan lain yang menikmati makanan di situ.

"Jika pelanggan itu boleh memperoleh RM100 dari satu kedai, bayangkan berapa banyak yang dia peroleh jika dia makan di 100 kedai! Dia boleh memperoleh lima angka 'pendapatan' setiap bulan dengan hanya menipu orang lain!"

Pada masa sama, Ying juga mendedahkan kepada orang ramai bahawa mereka berjaya mengenalpasti pelanggan tidak dikenali itu, yang yang juga lelaki berusia 53 tahun dan menetap di Seremban.

Sementara itu, seorang pekerja di restoran terbabit yang mahu dikenali sebagai Loke berkata, pihak restoran tidak menyedari keadaan berkenaan kerana ketika kejadian, ia sesak dengan pelanggan keluar masuk secara serentak.

Beliau berkata, kod QR yang ditampal itu tidak menggambarkan nama restoran itu dan hanya menyedari selepas dimaklumkan oleh seorang pelanggan sebelum menyedari kejadian terbabit.

"Kami tidak dapat melihat lelaki itu kerana kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi."

"Bayangkan jika tiada siapa yang benar-benar perasan kod QR yang mencurigakan itu, lelaki terbabit boleh memperoleh bukan hanya ratusan malah ribuan dalam sehari," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ka kena tunjuk bukti pembayaran kat kaunter sebelum blah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 09:34 AM | Show all posts
ini bahayanya digital currency, boleh di manipulate dan di hack...sedangakn duit kertas pun ada yg palsu, ini kan semua online..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 09:35 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 1-12-2023 08:32 AM
Bkn ka kena tunjuk bukti pembayaran kat kaunter sebelum blah?

pekerja kaunter lalai.. main fon le tue..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 1-12-2023 09:35 AM
pekerja kaunter lalai.. main fon le tue..

Sbb tu la jadi mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes surau kat indonesia. Ade individu ganti qr code kt tabung surau dgn qr code individu. Sebelum transfer tu, sender pun kene check juga nama acc receiver
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2023 09:44 AM | Show all posts
Edited by shamsadis at 1-12-2023 09:45 AM

bukan ke mereka ada speaker bila bayaran telah diterima?



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 09:57 AM | Show all posts
tindakan yg tak berapa bijak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 10:00 AM | Show all posts
i percaya ada juga jadi kat tempat lain..
i sebagai customer pun tak check sangat nama kedai..
transfer, tunjuk phone then jalan..
kadang kedai pun kita tunjuk jeling gitu je..
nampak ke tak, i pun tak peduli..
nak plk i pakai privacy screen and brightness low
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Wat reportlah kt bank.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rase name cina, why gmbar sensor tu mcm indian
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:24 AM | Show all posts
Tokey tu report kat polis, diorang trace no account kau, dapat details from Bank, dah polis tunggu depan umah ko. Apebende lah tempah bala
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:26 AM | Show all posts
Tunggu digital id plak utk di mani pulas i
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 1-12-2023 09:44 AM
bukan ke mereka ada speaker bila bayaran telah diterima?

tak semua kedai pakai speaker ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
SG pernah tgk kat insta reel, kat indon buat mcm ni lah. Pencuri tu tampal QR code bank dia di QR code masjid. Lama juga masjid tu nak perasan penipuan sbb derma dlm masjid makin skit. Bila check baru tau ada QR code pencuri tu …duit masjid kot kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:34 AM | Show all posts
sbb ni kot ada kedai yg tegak je cash only

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalau bayar QR code mmg Akan tengok Nama kedai tally tak dgn Nama dalam akaun tu
Sebab takut MCM Ni lah
MCM kat kedai2 Kecil depa letak akaun Nama sendiri..Jadi iols Tanya betul ke Nama Ni .
Bukan apa...iols mmg detail sikit Benda MCM Ni..takut Kita Salah bayo...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 11:20 AM | Show all posts
pelanggan dan peniaga kena alert penggunaan QR ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pasti org ni mmg ada niat nk scam. Kalau tak takkanla gigih nak print qr code akaun sendiri kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa nak buat payment pakai fingerprint atau pin kan biasa ada kuar nama yg empunya qr kod..aku biasa memang akan tanya dulu kalau yg jenis kita scan sendiri..psl tu aku lebih suka kedai yg dorg yg scan customer punya qr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.271258 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list