JOHOR BAHRU: Seorang amah Indonesia bersama suaminya yang membunuh majikan dijaga dalam kejadian tiga tahun lalu, dijatuhkan hukuman 35 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.
Tertuduh pertama, Bartolomeus Fransceda, yang juga tukang kebun di kediaman warga emas itu, turut diperintahkan disebat 12 kali, manakala isterinya, Ekalia, selaku tertuduh kedua diperintahkan hukuman penjara.
Hakim, Datuk Abu Bakar Katar, dalam penghakimannya, berkata keputusan itu mengambil kira dan menimbangkan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
"Mahkamah ini turut mengambil kira kenyataan impak mangsa dan fakta kes yang dibentangkan pendakwaan serta prinsip-prinsip penghukuman, mahkamah ini menjatuhi hukuman.
"Oleh itu, tertuduh pertama dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun mulai tarikh tangkap dan sebatan rotan 12 kali, manakala tertuduh kedua dihukum penjara 35 tahun mulai tarikh tangkap dan tiada sebatan rotan," katanya.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh dilihat tenang dan hanya memandang ke lantai apabila hakim membacakan keputusannya itu.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang hadir dilihat bergegas meninggalkan mahkamah selepas keputusan dibacakan hakim.
Pada 29 November lalu, Ekalia dan Bartolomeus Fransceda, yang kedua-duanya 23 tahun, menukar pengakuan mereka kepada bersalah, atas tuduhan membunuh majikan dijaga mereka, tiga tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh dituduh secara bersama-sama membunuh Lau Yen Na, 73, di sebuah rumah di Palm Resort, Senai, Kulai, kira-kira jam 2 petang, 17 Mac 2020.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan 12 sebatan.
Pada prosiding minggu lalu, rakaman CCTV kejadian mengerikan itu turut disiarkan pada menyebabkan ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak.
Mengikut fakta kes, berdasarkan siasatan dan analisis kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, tertuduh pertama iaitu Bartolomeus, dan kedua, Ekalia, membunuh si mati dengan menggunakan cangkul kecil mempunyai dua mata tajam.
Tertuduh pertama dan kedua telah memukul si mati dengan cangkul kecil itu pada kepala ketika si mati sedang berehat, sebelum mereka mengambil Toyota Alphard serta telefon bimbit mangsa untuk ke Kuala Lumpur dan bertemu rakan bagi mencari kerja baharu.
Kedua-dua tertuduh ditahan di sebuah restoran di Damansara sebelum hasil analisis patologi mendedahkan punca kematian mangsa adalah kerana luka tetak berganda di kepala.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala dua tertuduh diwakili peguam, Ooi Pen Lyn dan S Selvi.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 11-12-2023 12:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa la hukuman mati mandatori tu dimansuhkan. Dok human rights sangat sampai mangsa takleh nak dapat keadilan yang sepatutnya. Darah bayar darah la hoi.
Yup ... Bodoh dan Tolol .... Mungkin ini boleh sebagai bahan koreksi bahwa Malaysia bukanlah saudara serampan atau serumpun negara jiran itu ... dengan cara mengeluarkan seluruh wilayah negara indonesia sebagai bagian dari alam melayu nusantara .... Hehehehe
patut msia buat undang2 la hukuman penjara warga asing kosnya ditgg oleh negara tu
kalau x, bia msia bagi hukuman mati saja
geram pula bila fikir kena tggung musibat gini
Post time 11-12-2023 06:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
airmineral replied at 11-12-2023 08:07 AM
hukuman mati masih ada, ikut hakim nak jatuhkan ke x hukuman tu
hukuman mati mandatori saja yg da ...
Kalau aiols hakim, suma yang bunuh2 kejam tu aiols penuh emo kasik hukum mati mandatori ja (jika hukuman tu masih ada idok dimansuhkan).
Nak dapat hukuman mati pun bukan main susah. Tengok la kes pembunuh Along Spoon tu sampai sekarang masih hidup siap ada peluang peguam rayu2 tanak pembunuh diberi hukuman mati. Choiiiiu.
Ok juga penjara dan kena sebatan, sila tanggung lah siksanya 12 kali sebatan. Kalau hukum mati terus kiok je. Dan dipenjara kan selama 35 tahun, kena hadap makan dan minum dalam penjara yg pernah terbaca, nasi penjara ada aroma guni ke camna. Dan kalau lauk berkuah umpama air je lah. Hadaplah siksa itu selama 35 tahun, kalau mati sekejab je siksanya (di dunia lah).
Post time 12-12-2023 03:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Gilos. Hati kering mcm muka ngko jgk. Hanjeng betul pe'el. Main tetak2 je kepala manusia. Aku mikior je dah meloya nak montah. Korang boleh buat depak mata. Mmg Hanjeng mampos lah ko dlm jail