CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19960|Reply: 14

[Dunia] Yahudi bersorak Kaka Azraff dibuang dari Warner Music

  [Copy link]
Post time 12-12-2023 03:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 12-12-2023 08:22 AM

Seperti dijangka, organisasi bukan bermotifkan keuntungan, Jew Hate Database ‘bersorak’ menang apabila Waner Music Malaysia mengumumkan tentang penamatan kontrak penyanyi naungannya, Kaka Azraff.



Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram mereka tiga hari lalu, mereka juga telah berkongsi beberapa tangkapan skrin laporan media tempatan.

Jika menjenguk ke ruangan komen, anda boleh melihat bagaimana pengikut-pengikut akaun ini ‘bertepuk tangan’. Ramai yang menyampaikan ucapan terima kasih kepada Warner Music dan Warner Music Malaysia dengan ‘tag’ mereka di ruangan komen.

Biarpun tidak mendapat sebarang reaksi, namun ia tetap memberi impak buruk kepada label pengurusan artis ini, lebih-lebih lagi kepada Warner Music Malaysia. Sudahlah tidak memberi penjelasan yang munasabah tentang penamatan kontrak Kaka, malah mereka juga sehingga kini tidak berani bersemuka dengan pihak media.

Tiada sebarang sidang media dilakukan, sebaliknya hanya memberi makluman menerusi aplikasi WhatsApp.

Jelas mereka, penamatan kontrak Kaka Azraf bukanlah berkait dengan kebebasan bersuara tentang konflik Palestin – Israel, tetapi ia disebabkan penggunaan perkataan yang digunakan oleh pelantun lagu ‘Gila’ ini.

“Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian.

“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama”, jelas wakil dari Warner Music.

Kenyataan Warner Music Malaysia ini dibuat hanya beberapa jam sebelum sidang media bersama Kaka berlangsung pada Rabu, 6 Disember lalu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2023 06:52 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 07:07 AM | Show all posts
boikot terus la Warner ni ..berambus dari semua negara isele
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak pi le warner ni. Cari le yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:03 AM | Show all posts
dah kau sendiri cetek pikiran.

hadap la kesan dia.


bukan tak boleh nyatakan pendirian.
yg kau komen hitler tu pasaipa?

ha tanggung la sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:06 AM | Show all posts
apa beza betina ni yg sokong jewish holocaust dengan netanyahu yg dok buat genosid di Qoza?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka who???
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:22 AM | Show all posts
I tak dengar music sheols ni but based on apa yang I baca on Twitter sheols condemned Jews secara general, bukan Zionist.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 11:36 AM | Show all posts
Kaka memang silap la dalam hal ni. dia lupa dia public figure, dan penyanyi di bawah kontrak syarikat rakaman antarabangsa.

dia pergi DM orang, lepastu mencarut-carut dan mengarut pula sebut Hitler. ini benda2 yg kita sebut off-record borak kedai kopi. bila kau tulis kat DM online, bukti takkan hilang. harap dia muhasabah diri. guna kaedah betul utk sebar maklumat dan tunjuk sokongan pada rakyat Palestin.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:01 PM | Show all posts
Siapa kata nak jadi retis tak perlu cerdik. Kalau nak jadi lobai maybe lah.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:07 PM | Show all posts
Umah yahudi koyak kene maki cam tu pun nk batal kontrak. nipis rupanya hati ummah yahudi acah2 kokeesen padahal DNA ereb juga. tapi ada jugak umah semetic nusantara ni memuja umah berkongsi DNA org ereb tu.

ereb bersaudara dgn yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:12 PM | Show all posts
kasibiman replied at 12-12-2023 11:03 AM
dah kau sendiri cetek pikiran.

hadap la kesan dia.

ye betul.....kita boleh menyelar memboikot tapi bila sebut hitler, dan menjustifykan apa yang beliau lakukan...itu sangat2 tidak cerdik

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:14 PM | Show all posts
duri_durians replied at 12-12-2023 11:36 AM
Kaka memang silap la dalam hal ni. dia lupa dia public figure, dan penyanyi di bawah kontrak syarika ...

exactly!  ada benda yang kita sebut2 di kedai kopi,dan, adalah tidak cerdik bila menyebutnya di atas platform yg terbuka dan boleh dijadikan bukti nyata.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:19 PM | Show all posts
Edited by pasa at 12-12-2023 12:20 PM
asamfish replied at 12-12-2023 12:12 PM
ye betul.....kita boleh menyelar memboikot tapi bila sebut hitler, dan menjustifykan apa yang beli ...

hala artis yahudi sokong Zionist tak ada pun kene terminate kontrak sistur mcm gal gendut tu sistur awat tak terminate kontrak sbb sokong secara bertulis sokong Zionist Israel.

tu namanya double std... Apa beza netanyahoo dgn hitler?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:20 PM | Show all posts
kaka dah silap langkah, "loud" yg memakan diri(?)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.071611 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list