CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18376|Reply: 9

[Dunia] Genjatan senjata di Gaza gagal kerana agenda tersembunyi Amerika

  [Copy link]
Post time 13-12-2023 12:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 13-12-2023 10:44 AM

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggunakan pengisytiharan kecemasan untuk membenarkan penjualan kira-kira 14,000 peluru kereta kebal kepada Israel tanpa semakan Kongres, lapor Pentagon.

Pentagon dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Negara menggunakan pengisytiharan kecemasan Akta Kawalan Eksport Senjata untuk membenarkan penghantaran peluru kereta kebal bernilai AS$106.5 juta (RM496 juta) segera ke Israel.

Keputusan itu adalah sebahagian daripada jualan lebih besar yang pertama kali dilaporkan Jumaat lalu di mana pentadbiran Biden meminta Kongres AS untuk meluluskannya.

Pakej lebih besar itu dilaporkan bernilai AS$500 juta (RM2.3 bilion) dan turut melibatkan penghantaran 45,000 peluru untuk kereta kebal Merkava Israel yang kerap digunakan dalam serangan maut mengorbankan ribuan nyawa di Gaza.

Peguam bela hak menyatakan kebimbangan terhadap penjualan itu, mengatakan ia tidak sejajar dengan usaha Washington untuk menekan Israel meminimumkan korban awam.

Seorang pegawai Jabatan Negara berkata, Washington menjelaskan kepada kerajaan Israel bahawa mereka mesti mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengambil setiap langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan bahaya kepada orang awam.

Jelasnya, penjualan yang dicadangkan itu menyampaikan komitmen AS terhadap keselamatan Israel dan ia akan meningkatkan keupayaan pertahanan Israel.

Menurut kenyataan Pentagon, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menentukan dan memberikan justifikasi terperinci kepada Kongres bahawa peluru kereta kebal mesti diberikan segera kepada Israel demi kepentingan keselamatan negara AS.

Jualan itu adalah daripada inventori Tentera AS dan terdiri daripada katrij kereta kebal M830A1 Anti-Kereta Kebal Tinggi Letupan Berbilang Guna dengan Tracer (MPAT) dan peralatan berkaitan.

“Israel akan menggunakan keupayaan yang dipertingkatkan sebagai penghalang kepada ancaman serantau dan untuk mengukuhkan pertahanan tanah airnya.

“Tidak akan ada kesan buruk terhadap kesediaan pertahanan AS akibat daripada penjualan itu,” jelas Pentagon.

Kereta kebal Merkava Israel, yang menggunakan peluru serupa pernah dikaitkan dengan insiden melibatkan kematian wartawan Reuters, Issam Abdallah dan mencederakan enam wartawan lain ketika merakam serangan rentas sempadan.-REUTERS

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2023 06:46 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 01:09 AM | Show all posts
sebab tu la us suka perang, so that boleh jual alatan perang untuk jana balik ekonomi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 13-12-2023 01:09 AM
sebab tu la us suka perang, so that boleh jual alatan perang untuk jana balik ekonomi dia.

Ade bc kat group telegram kalo x silap USA bengkek sbb dia org jumpa bom atau senjata yg Hamas guna sama yg digunakan tentera Ukraine... Dr Iran kalo x silap..nanti kalo jumpa psl ni iolss tepek sini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 03:15 AM | Show all posts
ina_na replied at 13-12-2023 02:00 AM
Ade bc kat group telegram kalo x silap USA bengkek sbb dia org jumpa bom atau senjata yg Hamas gun ...

erkk...kalo cenggitu, bukan ke US jugak yang dok supply kat Ukraine masa perang Russia-Ukraine? ok iols pening kejap...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 04:26 AM | Show all posts
kena bagi la takut hegemoni US dekat ME dah nak terhakis. Macam mana pun Israel tetap kena menang. Walaupun US dan Israel harap sangat Iran masuk dan escalate jadi regional war tapi strategi tak berjaya nak tarik Iran masuk perang. Jadi sekarang masih dalam proxy war.

Israel akan kalah kalau Hamas dapat bertahan lagi 2 bulan. Kalau Israel kalah, Biden boleh ucap selamat tinggal jadi presiden. Orang paling sedih sekarang bukan palestin mahupun israel tapi zelensky yang tak boleh nak tibai duit free US lagi.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2023 05:50 AM | Show all posts
War is a business sebab tu lah Tanah Areb/ dunia x pernah aman!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 13-12-2023 03:15 AM
erkk...kalo cenggitu, bukan ke US jugak yang dok supply kat Ukraine masa perang Russia-Ukraine? ok ...

Ha tu la pasal... Dia bekal kan ke Ukraine... Perang Gaza ni Hamas katanye anta parcel US tu pulak... Bukan ke pelik tu.. atau yg Houti Yamen rampas ari tu anta ke Palestine..tp x kan cpt sgt Yamen serahkan senjata bom ke Palestine..ramai org gelakkan je kata senjata makan tuan...pelik tp Tu la yg iolss bc.. kalo senjata Rusia,Korea kim gebu bulat tu logik gak la kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2023 09:26 AM | Show all posts
sampai berbilion kos tentera Israel nak perang dengan Hamas

ukraine apa cerita? kasihan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 09:45 AM | Show all posts
manop replied at 13-12-2023 05:50 AM
War is a business sebab tu lah Tanah Areb/ dunia x pernah aman!

tanah afrika pun...sebab tu benua africa byk negara, dlm negara byk puak, ( parti politik ) so bila krisis sikit, angkat senjata...

kilang pengeluaran akan sentiasa ada production..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.062605 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list