CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21694|Reply: 1

[Dunia] Netanyahu, Israel sudah tersepit

[Copy link]
Post time 13-12-2023 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 14-12-2023 04:22 AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran terhadap Israel kemungkinan berisiko hilang sokongan antarabangsa susulan 'pengeboman sewenang-wenangnya' terhadap orang awam di Semenanjung Gaza yang terkepung.

"Keselamatan Israel boleh bergantung kepada AS, tetapi sekarang ia mempunyai lebih daripada negara ini. Mereka mempunyai Kesatuan Eropah (EU), mempunyai Eropah, ia mempunyai sebahagian besar dunia menyokong mereka.

"Namun, mereka mula kehilangan sokongan itu apabila pengeboman semberono berlaku," kata Biden ketika majlis pengumpulan dana, semalam.

Lebih 18,200 rakyat Palestin terbunuh, manakala hampir 50,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.

DISYORKAN UNTUK ANDA



Malah, ramai lagi yang berkemungkinan meninggal dunia berada di bawah runtuhan atau di luar jangkauan anggota pasukan perubatan.
Dalam majlis derma dana politik, Biden turut mengkritik kabinet Israel.

"Ini adalah kerajaan paling konservatif dalam sejarah Israel. Beliau (Netanyahu) perlu menukar kerajaan ini.

"Kerajaan di Israel ini menyukarkannya," kata presiden itu lagi.

Beliau juga berkata, Israel 'tidak boleh mengatakan tidak' kepada negara Palestin yang sangat ditentang oleh Israel, termasuk dalam kerajaan Netanyahu.

Komen tajam Biden itu dilihat selari dengan Penasihat Keselamatan Rumah Putih, Jake Sullivan yang kini bersiap untuk pergi ke Israel bagi berbincang dengan Kabinet perang Israel.

Netanyahu dalam satu kenyataan semalam, berkata Israel menerima 'sokongan penuh' daripada AS untuk serangan darat ke atas Gaza dan Washington turut menghalang 'tekanan antarabangsa untuk menghentikan perang'.

"Terdapat perselisihan faham mengenai 'hari selepas Hamas' dan saya berharap kita akan mencapai persetujuan di sini juga," katanya.

Washington berkata, mereka membayangkan Pihak Berkuasa Palestin akan kembali ke Gaza, yang sebelum itu dirampas Hamas pada 2007. - AGENSI












This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 11:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.524992 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list