CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9729|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Alang-alang baik buat bbq'

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video dalam aplikasi X

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penumpang Transit Aliran Massa (LRT) yang 'berkelah' dalam pengangkutan awam itu mengundang kritikan netizen.

Dalam gambar yang tular di media sosial, lelaki pertengahan usia itu dilihat meletakkan bekalan makanan yang dibawa di tempat duduk bersebelahan, menyebabkan kerusi itu tidak dapat diduduki penumpang lain.

Lelaki itu tanpa rasa bersalah makan di khalayak umum, walaupun tindakan itu dilarang dalam LRT.

Difahamkan, terdapat penumpang yang menegur perbuatan lelaki itu, namun tidak diendahkan.



Selain itu, terdapat juga gambar lain yang dikongsi netizen menunjukkan lelaki itu mengupas bawang putih di dalam tren berkenaan.

Rata-rata netizen meminta meminta pengendali LRT, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) segera campur tangan dan mengambil tindakan terhadap penumpang itu.

"Ayuh @askrapidkl! Netizen dah buat kerja ni. Sekarang anda patut lakukan kerja anda juga," kata seorang pengguna X.

"Boleh juga minta RapidKL ambil dia sebagai anak angkat. Dia buat seperti dirinya di rumah," kata seorang lagi pengguna.

Ada juga yang memberi komen "Alang alang baik buat bbq tu kat situ, boleh kita join sekali."
https://www.bharian.com.my/berit ... alang-baik-buat-bbq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.052492 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list