CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28005|Reply: 9

[Jenayah] Seolah Menggunakan Helah Tipu Daya, Kesian Wanita Dipukul Rata!

[Copy link]
Post time 15-12-2023 10:50 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan wanita penuh muslihat.

SUDAH tidak asing lagi untuk kita melihat pelbagai stiker hiasan dilekatkan pada kenderaan seperti kereta, motor mahupun lori.

Stiker ini kebiasaannya akan tertulis mesej berunsur jenaka atau nasihat yang boleh mencuit hati pengguna jalan raya lain.

Namun melalui satu hantaran di laman X, seorang pelayar menegur stiker pada bahagian cermin belakang sebuah kereta yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Stiker terbabit memetik terjemahan bahasa Melayu daripada ayat suci al-Quran bagi surah Yusuf ayat ke-28 yang berbunyi: "Sesungguhnya tipu daya wanita itu sangat dahsyat."

Menurut individu tersebut, adalah tidak wajar ayat al-Quran dipetik secara sembarangan kerana dibimbangi boleh membawa kepada salah faham orang ramai.

"Wanita yang dimaksudkan dalam surah Yusuf ayat ke-28 itu adalah tentang seorang perempuan yang berbohong mengenai Nabi Yusuf. Ia seharusnya khusus kepada perihal itu sahaja.

"Tolong la jangan sesuka hati ambil ayat al-Quran tanpa konteks yang jelas, ini kalimah Allah, jangan buat main-main.

"Macam contoh stiker kereta ni, apabila ayat al-Quran diletakkan macam tu saja, ia seolah hendak memukul rata semua wanita sebagai suka bermain tipu helah.

"Kalau hati tersakiti pun, jangan guna ayat al-Quran untuk merendahkan semua wanita kerana pada realitinya hanya seorang perempuan yang mengguris perasaan kamu," jelas individu itu.

Katanya lagi, dia juga berharap agar orang ramai cuba mendalami dan memahami makna di sebalik ayat suci al-Quran.

"Saya bersuara ini sebagai pesanan untuk diri saya juga, kalau berpeluang tolong cari guru untuk belajar tafsir supaya kita dapat memahami al-Quran dengan lebih baik.

"Kemudian belajar bahasa Arab, barulah kita akan nampak keindahan sastera dalam al-Quran.

"Tidak semestinya perlu berguru, boleh juga kita membuat pembacaan menerusi buku yang bersesuaian," kata pelayar tersebut.

Melewati ruangan ciapan balas, warga maya juga menzahirkan rasa gerun apabila melihat penggunaan ayat suci al-Quran secara sewenang-wenangnya itu.

"Letak stiker Islamik macam ni, kemudian bawa kereta pula secara berbahaya, memang mengundang kemarahan, langsung tak melambangkan keperibadian seorang Muslim.

"Memberikan persepsi buruk kepada mereka yang bukan Islam. Saya pun pernah ada seorang pakcik yang letak stiker berbunyi, 'Jihad Fisabillillah', tapi nak jejak kaki ke masjid memang jarang sekali.

"Kalau sebarkan ayat al-Quran tanpa konteks yang penuh, ia membuka ruang kepada orang ramai untuk membuat andaian.

"Jika andaian itu salah, tanggunglah dosa sehingga ke akhir hayat," ujar warga maya berkongsi pendapat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2023 10:50 PM | Show all posts

Stiker ayat al-Quran di cermin kereta boleh menimbulkan salah faham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 10:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar hiasan itu…kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 03:33 AM | Show all posts
berkenaan dengan Fitnatunnisa' ini, ia bukan lah specific kepada case Nabi Yusuf sahaja. yang dimaksudkan disini, dan kenapa Allah kekalkan peringatan ini di dalam Quran, adalah kerana secara lumrahnya lelaki memang sgt mudah kalah dengan tarikan dari wanita. Ayat itu utk kita semua lebih2 lagi lelaki. Perempuan juga kena beringat kerana mereka boleh merosakkan focus, iman, concentration, minda dan objectives seseorang lelaki. Wanita ini, dari semua segi memang dibuat dalam bentuk yg ''kene'' dgn apa yang lelaki suka, eg pinggul nya sebegitu dan tidak sebegini, pinggang nya sebegitu dan tidak sebegini, suaranya sebegitu dan tidak sebegini, cara berjalan nya cara rambutnya tumbuh, bibirnya, cara dia mengalah, cara dia bercakap etc..

jadi, sy faham penyampaian sticker tadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2023 11:43 AM | Show all posts
Nenolen replied at 15-12-2023 10:52 PM
gambar hiasan itu…kehkehkeh

         
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2023 08:02 PM | Show all posts
Gambar hiasan wanita penuh muslihat.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2023 04:35 PM | Show all posts
boikot wanita muslihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan petik ayat Al-Quran nanti diuji Allah dgn ujian berat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
"Lelaki semua sama" tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.078489 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list