View: 11564|Reply: 7
|
[Tempatan]
Relevan lagikah ASB Financing?
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 16-12-2023 02:35 PM
Loan 100K , bulanan naik smp 600 sebulan dr 508.. Setahun kena bayar smp RM7,200. DIVIDEN dlm RM4500±. Kena topup kt bank lg dlm RM2000++…………Dh x berbaloiiiii Secara jujur, saya masih berasakan simpanan ASB financing masih berbaloi. Especially kalau kita tidak usik dividen. Contoh kalau tidak usik dividen selama 3 tahun, kita boleh dapat keuntungannya walaupun dividen ASB makin menurun. Problemnya, kena disiplin. Kalau setiap hujung tahun nak keluar semua dividen, susahlah.. MMg kita tidak akan nampak untung . Pengalaman sendiri, ambik ASBF selama 12 tahun lepas. Baru terminate bulan Februari lepas sbb mudah, interest vs. dividen dah tak untung. Saya dapat balik dalam 30K lepas dijual. Saya rela simpan cash setiap bulan 1K dan 500 dalam caruman suka rela dalam KWSP. First thing first bila dapat gaji potong siap² ...secara online sangat mudah tak sampai 5 minit dah settle.
ASBF saya 9 tahun
Sejak OPR naik,makin naik bayaran bulanan
Kadang rasa putus asa dan kecewa dgn ASBF
Tapi bila difikir sebagai force saving, ada baiknya juga
Rasa nak stop ASBF,then simpan mcm biasa dgn jumlah yg sama
Asbf ni force saving..selagi mampu layan monthly...layan ja.....dari pung pang pung pang..nanti 30 tahun apa pon tak da..
3 sebab utama ASB financing tidak lagi berbaloi sejak pasca pandemik Covid-19. Sejak itu, situasi ekonomi negara dalam keadaan tidak stabil.
Bukan saja di Malaysia, malah krisis ekonomi berlaku di seluruh dunia termasuk negara-negara maju di eropah. Ia banyak memberi kesan buruk terhadap pelaburan aset kewangan.
ASB merupakan pelaburan yang baik. Ia terbukti kukuh dan terjamin serta menjanjikan dividen setiap tahun. Sungguhpun berlaku pandemik, ASB tetap memberikan dividen walaupun sedikit.
Masalahnya, jika kita membuat pelaburan ASB secara berhutang (financing), ia tidak lagi berbaloi. Kerana kita terpaksa membayar interest rate bank yang tinggi. Bermaksud, kita tidak akan mendapat keuntungan malah pelaburan yang merugikan.Interest rate akan menguntungkan pihak bank. Kita sebagai pelabur akan rugi!
3 SEBAB ASB FINANCING MERUGIKAN
Bagi anda yang belum tahu, ASB financing merupakan sebuah pinjaman(loan) untuk pelaburan. Seolah-olah, kita meminjam duit daripada bank dan menggunakan duit tersebut untuk melabur di ASB. Sudah tentu bank akan mengenakan interest rate bagi pinjaman duit tersebut. Setelah setahun, barulah kita sedar apabila melihat baki duit dalam akaun ASB yang berkurang ditolak interest bank.
Sepatutnya, pelaburan menambahkan duit dalam akaun. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malah duit berkurangan di ‘makan’ interest bank.
1-Kadar Interest Bank
Suatu ketika dulu, ASB financing masih berbaloi apabila dividen ASB diumumkan sekitar 7% setahun. Manakala, kadar interest yang dikenakan oleh bank hanya sekitar 5-6% setahun.
Bermaksud, ketika itu kita masih boleh mendapat keuntungan sekitar 1-2% setahun (dividen tolak kadar interest). Walaupun dikenakan interest bank, kita masih untung.
Sejak pandemik covid-19, dividen ASB hanyalah sekitar 5% setahun. Dengan kadar interest bank kekal sekitar 5-6%. Maka kita akan mendapat kerugian.
Setiap tahun, kita bakal mendapati duit simpanan dalam akaun ASB kita semakin berkurang ‘dimakan’ kadar interest. Pelaburan sepatutnya untung tapi realitinya rugi!
2-Nilai Ringgit Jatuh
Sejak pandemik Covid-19, nilai ringgit telah mengalami kejatuhan secara berterusan berbanding dolar Amerika.
Bermula sejak bulan Januari 2020, ringgit bersamaan RM4.07 sedolar. Kadar kejatuhan nilai yang paling rendah ialah RM4.74 sedolar pada bulan November 2022.
Ringgit pernah jatuh 50% setahun pada tahun 1997 iaitu ketika kegawatan ekonomi asia. Ia akan merugikan pelaburan dalam bentuk aset kewangan.
Contohnya, dividen ASB bersamaan 7% setahun ditolak dengan kejatuhan nilai ringgit sebanyak 50%. Hasilnya, kita rugi sebanyak 43%. Pelaburan jadi tidak berbaloi.
3-Inflasi Ringgit
Kita sering mendengar kenaikan kadar OPR (overnight policy rate) yang diumumkan oleh BNM. Ia menandakan inflasi ringgit sedang meningkat tinggi.
Inflasi bakal menjatuhkan kuasa beli duit kita. Menabung duit di ASB masih tidak berbaloi jika kadar inflasi ringgit lebih tinggi daripada kadar dividen tahunan ASB.
Untuk mudah faham inflasi, kita imbas kembali zaman sekolah dulu. Ketika itu, ibubapa kita memberi duit poket ke sekolah RM1. Dengan hanya RM1, kita mampu beli nasi lemak, minuman, dan gula-gula.
Menunjukkan kuasa beli duit RM1 ketika itu sangat besar. Jika dibandingkan dengan zaman sekarang, apa saja yang boleh dibeli dengan RM1. Cukupkah RM1 untuk duit poket anak-anak kita ke sekolah sekarang? Membuktikan kuasa beli RM1 semakin lemah. Maka kita faham bahawa menabung duit dalam bank atau ASB tidak akan menambah kekayaan. Akibat ringgit yang sentiasa dihakis inflasi setiap tahun.
Menurut pakar wang Azizi Ali tentang pelaburan ASB di zaman kini. Beliau berkata di sebuah seminar online, “Satu masa dulu, ASB memang bagus kerana memberikan pulangan yang reasonable (>7% setahun) dengan risiko minimal.”
“Memandangkan emas telah memberikan pulangan 10% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan (total return of 612%). Melabur dalam emas menjadi pilihan yang lebih baik dan bijak.”
“Kita tinggalkan wang untuk shot-term saving (masa kurang dari setahun) dan wang untuk dana kecemasan (3 bulan belanja) dalam ASB. Kita hijrahkan wang selebihnya ke dalam emas.”
https://ekrammarfuadi.com/2023/0 ... erbaloi-tahun-2023/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
zaman neng yatimah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tunggu Bursa Malaysia lepas 1500 mata. Baru okey. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapalah yang psiko orang awam suruh ambil asb financing atas alasan force saving. Macamlah tak boleh simpan sendiri tiap2 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
pegawai bank lah selalunya yang psiko orang awam suruh ambik asb financing..siap suruh upgrade loan lagi bila customer datang nak keluarkan dividen..last2 diorg yg untung..
|
|
|
|
|
|
|
|
helmi91 replied at 17-12-2023 06:31 PM
pegawai bank lah selalunya yang psiko orang awam suruh ambik asb financing..siap suruh upgrade loa ...
Pegawai bank tu pun belum tentu ambil asb financing
Bila dah ambil asb financing, bukannya jadi force saving. Tapi dah jadi force to pay the bank. Nama pun hutang. Kalau hutang pokok bayar pokok je takpe. Ini kena bayar sekali bunga, ranting, dahan, baja taik ayam tu semua. Rugi. Yang untung pegawai bank & bank tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat forum ni pon ramai je yg ambik loan ASB tu dgn alasan force saving. Kalau baca threads ASB mesti ada alasan force saving. Lemah jiwa betol masing2 nak menabung pon kena buat loan.
Lepas tu tiap tahun meratip nak teruskan ASBf ke tak? Berbaloi ke tak lagi ASBf?
Padahal kalau buat saving biasa kat ASB tu almost zero risk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hutang untuk buat duit...siput sedut la jawabnya duit tu bergerak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|