View: 8633|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Pegawai kanan polis langgar pelajar direman tiga hari
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/cuffs5_1702701196.jpg)
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang disyaki terbabit dalam kejadian melanggar pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, Perak semalam direman selama tiga hari.
Tahanan reman ke atas suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dibuat bermula hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan pegawai berkenaan direman selama tiga hari bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan secara telus dan adil.
Beliau juga turut mengarahkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman menjalankan siasatan secara terperinci mengenai kejadian berkenaan.
"Setakat ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 12.35 tengah hari semalam, mangsa yang menunggang sebuah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, selepas disyaki dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh pegawai kanan polis berusia 44 tahun itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-direman-tiga-hari |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|