CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11816|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Bawa kes ke mahkamah jika tiada jalan penyelesaian'

  [Copy link]
Post time 17-12-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode
'Bawa kes ke mahkamah jika tiada jalan penyelesaian'

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
17 Disember 2023  01:09pm




Lebih 400 penduduk Bukit Indera Muda, Permatang Pauh membuat bantahan aman terhadap cadangan pembangunan kawasan perkuburan Cina di kawasan berkenaan.



BUKIT MERTAJAM - Isu cadangan pembangunan kawasan perkuburan Cina yang dikemukakan Persatuan Keturunan Guang Dong Seberang Perai di kawasan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya tidak dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Amir Hamzah Abdul Hashim berkata, pihaknya akan menunggu keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang yang akan diadakan pada 21 Disember ini.



Amir berkata, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut yang diketuai Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.


Amir




"Kita telah membantah cadangan projek ini sejak sebulan lalu setelah mengetahui ia akan dibina di kawasan ini. Ia melibatkan 1,000 buah rumah dengan lebih 4,000 penduduk yang kebanyakannya orang Islam.



"Kami difahamkan permohonan pertama persatuan tersebut adalah membina tempat pembakaran mayat (bukan Islam) yang mana, ia telah ditangguhkan. Sementara itu, permohonan kedua pula adalah untuk membina tempat penyimpanan abu mayat.

"Kedua-dua ini kami bantah dan berharap kerajaan negeri mendengar suara penduduk kampung di sini. Sekiranya projek ini tidak dibatalkan, saya dan penduduk kampung akan membawa isu ini ke mahkamah," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman yang diadakan di sini pada Ahad.

Sebelum itu, Amir bersama lebih 400 penduduk mengadakan bantahan aman di hadapan jirat Cina di sini bagi menyatakan pendirian mereka berhubung cadangan bagi dua projek yang dikemukakan persatuan berkenaan.




Sementara itu, Pengerusi Kariah Masjid Jamek Al Muhtadiin, Azizan Ismail berkata, Bukit Indera Muda didiami 100 peratus penduduk Islam dan projek berkenaan tidak sesuai didirikan di situ.



Azizan




Beliau berkata, lebih mengecewakan, persatuan berkenaan bukan sahaja dikatakan mahu menukar tanah bukit di Lot 282, 729, 731, 297, 917, 918, 919 dan sebahagian Lot 922 dan 263 Mukim 3 Seberang Perai sebagai tanah perkuburan malah akan dibangunkan juga pusat penyimpanan abu mayat di kawasan terlibat.

"Kami merasakan projek ini tidak memberi manfaat kepada penduduk sekitar malah akan mendatangkan keburukan kepada penduduk setempat antaranya banjir kilat.









"Di kawasan ini memang sering berlaku banjir kilat dan jika projek ini diluluskan, ia akan memburukkan lagi keadaan di sini kerana projek itu akan dibina di atas bukit. Projek ini juga berhampiran dengan masjid kariah kami dan tempat penyimpanan air bawah tanah milik Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata lagi, sekiranya projek diteruskan, berkemungkinan ia akan menyebabkan kerosakan selain faktor keselamatan penduduk sekiranya loji itu pecah.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, sekiranya isu berkenaan tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, beliau akan cuba membawanya ke peringkat kementerian untuk diselesaikan.

"Jika cadangan projek ini masih diluluskan di peringkat pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri, saya akan bawa isu ini ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Walaupun ADUN kawasan akan membawa (isu ini) ke mahkamah, daripada pihak saya, saya akan bawa ke kementerian yang berkaitan. Kita akan bantu selagi mampu agar projek ini dibatalkan terus, bukan sekadar tangguh sahaja," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.064860 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list