CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26699|Reply: 0

[Perak] 496 set bubu naga dirampas

[Copy link]
Post time 18-12-2023 07:30 PM | Show all posts |Read mode

Anggota APMM mengangkut 496 set bubu naga haram. FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA.

Lumut: Sebanyak 496 set bubu naga atau bubu kambang hampir RM50,000 dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam serbuan di Jeti Pangkalan Baru, Pantai Remis, di sini, hari ini.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya'akup berkata, serbuan Op Mardof diadakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan (DOF) dan polis berkekuatan 32 pegawai serta anggota.

Menurutnya, kegiatan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan bubu naga secara haram terbongkar selepas risikan dan aduan komuniti maritim di sekitar kawasan terbabit.

"Semua hasil rampasan dibawa ke Pejabat Perikanan Kampung Acheh untuk siasatan mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985," katanya dalam kenyataan, di sini.



Katanya, nelayan dinasihatkan tidak menggunakan bubu naga kerana ia boleh mengganggu habitat marin untuk jangka masa panjang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bubu-naga-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.420903 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list