CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15025|Reply: 30

[Jenayah] "Who Do You Call" - Tular Slogan Di Media Sosial Mahu Tindakan Diambil Kepada Pegawai Polis!

[Copy link]
Post time 20-12-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode


Kematian calon SPM, Zaharif Affendi Muhd Zamrie di Ipoh baru-baru ini telah menggemparkan seluruh negara. Tindakan seorang pegawai polis, Mohd Nazri Abdul Razak yang berang dengan tindakan mangsa telah membawa kepada tragedi berdarah, manakala suspek pula kini sudah ditahan dan berada dalam prosiding mahkamah.

Tragedi berdarah ini telah membawa kepada satu episod duka kepada seluruh rakyat Malaysia di mana kebanyakan mereka mahukan keadilan kepada Zaharif dan mahu tindakan yang setimpal diambil kepada pegawai polis tersebut.

Terbaharu, menerusi beberapa hantaran di sosial media. Kini tular satu gerakan yang mempersoalkan ‘kesucian’ pegawai polis. Sebuah slogan dengan persoalan ‘Who do you call when police murder?’ atau dalam bahasa mudahnya, ‘siapa yang anda hubungi jika pembunuhnya adalah polis?’ kini tular di media sosial.

Slogan ini difahamkan telah ditulis di beberapa dinding di pusat bandar Kuala Lumpur. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna media sosial X, tulisan ini dapat dilihat di salah sebuah tiang dan dinding di tengah ibu kota.

Slogan ini difahamkan mula tumbuh selepas tularnya kes Zaharif, calon SPM yang meninggal dunia dipercayai dilanggar secara kejam oleh seorang pegawai polis berpangkat kanan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, Perak.

Pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan kini telah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Tidak pasti siapa yang bertanggungjawab memulakan gerakan ini, namun ia kini sudah tular di media sosial sehingga ada pihak yang telah memadam slogan tersebut.

Kebanyakan netizen mendoakan agar kematian Zaharif mendapat keadilan yang sepatutnya dan pegawai polis yang mengikut perasaan itu dikenakan hukuman yang setimpal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2023 01:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2023 01:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2023 01:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:45 PM | Show all posts
Cukup2lah merempan pasal ni.

Trust the system, trust the process.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis kotor dinding kena conteng dgn mat rempit vandalisme babi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 02:20 PM | Show all posts
Adakah ini bermaksud imej polis sudah merudum?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tah ape ape jugak jadi nya.. kalau kenang acik polis yg buat perangai tu, lepas tu tgk chaos dia dh buat, mengalahkan org beso2 negara pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 ada Salah dlm Kes ni. Serahkan je pd lawyer. Lawyer sp yg paling pandi pusing dia la yg akan menang Kes.

Mmg pahit nak terima kenyataan ni tp relaitinya begitulah. Lawyer talk. Mn ada keadilan kat mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh ala2 kisah George Floyd pula impactnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua polis negara yg garang tu tak bg kenyataan pulak....
Aku suka dgr bila dia ckp....sebijik² dia hentam
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 20-12-2023 02:40 PM
Masing2 ada Salah dlm Kes ni. Serahkan je pd lawyer. Lawyer sp yg paling pandi pusing dia la yg akan ...

Salah yg tidak sepadan pun.
Manusia mmg tidak adil, sama je dlm forum ni pun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg sama tulis ni...agent provocateur namanya ni..silap2 mossad buat nak pedajal msia sbb koyak Israel kena kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 04:30 PM | Show all posts
dlm setandan pisang, mesti ada satu dua yg busuk/rosak. x semuanya xleh mkn kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-12-2023 07:21 AM
Ketua polis negara yg garang tu tak bg kenyataan pulak....
Aku suka dgr bila dia ckp....sebijik² di ...

Dah anak buah sendiri yg buat hal mana maunya keluar statement. Si ayob pun diam je
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:13 PM | Show all posts
Bodoh la.
Alasan buat "grafiti" untuk support mangsa.
Abis tempat yang ko conteng tu gembira ke tgk tulisan ko.
Nape x conteng dinding rumah sendiri je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana nila setitik
So nak panggil batman ke plak lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:28 PM | Show all posts
gila dan bodohnya orang ni. .. polis tu manusia biasa bukan superhuman. .. dlm banyak2 adalah seorang dua yang tersilap. .. kenapa terus nak bimbang kononnya dah tak percaya kepada organisasi polis...takkan dah mulai fikir semua polis tu nak bersubahat, perkara tidak perlu spt ini boleh menyebabkan unrest kepada sesetengah orang awam .. pergi mampus boleh
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Panggil Keluang Man lah

Sah2 onggiler
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-12-2023 08:21 AM
Ketua polis negara yg garang tu tak bg kenyataan pulak....
Aku suka dgr bila dia ckp....sebijik² di ...

Boss besar kelantan
Anak buah pun kelantan
Ok ngam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054347 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list