CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8466|Reply: 0

MotoGP: Pasukan mula ‘pancing’ khidmat Dall’Igna

[Copy link]
Post time 26-12-2023 10:31 PM | Show all posts |Read mode
MotoGP: Pasukan mula ‘pancing’ khidmat Dall’Igna


KEMAMPUAN Dall'Igna memacu kejayaan Ducati menyebabkan beberapa pasukan MotoGP termasuk Honda mula mengintai peluang mendapatkan khidmatnya. - AFP


BOLOGNA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali menyuarakan rasa bimbang apabila Pengarah Besar Ducati, Luigi Dall’Igna mula menarik perhatian pasukan-pasukan lain.

Terdahulu, Dall’Igna menjadi sasaran Honda dalam usaha mereka untuk melakukan revolusi terhadap pasukan itu selepas gagal menampilkan aksi dimahukan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Meskipun Dall’Igna sudah menolak tawaran yang dibuat Honda, namun Domenicali tetap tidak boleh duduk diam kerana bila-bila masa sahaja pasukan-pasukan besar akan datang melakukan tawaran lumayan kepada ‘tulang belakang’ Ducati itu.

“Gigi (Dall’Igna) merupakan bintang dalam bidangnya. Bagi saya, kami memiliki persefahaman yang cukup baik di Ducati, jadi saya harap beliau akan terus kekal bersama kami untuk jangka panjang.

“Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan Honda atau pasukan lain mungkin akan datang membuat tawaran lebih lumayan bagi mendapatkan khidmatnya. Secara jujur, Gigi pun tidak tahu kesemua rahsia kejayaan Ducati,” katanya.

Meskipun Domenicali menganggap kejayaan Ducati sebagai rahsia terbesar, namun tidak dinafikan Dall’Igna merupakan tunjang utama atas kemampuan pasukan itu kembali menguasai pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

“Formula kejayaan Ducati boleh diibaratkan seperti Coca-Cola, ia rahsia yang tidak boleh dirungkaikan. Mungkin sesetengah orang dalam pasukan tahu sebahagian resipi, namun bukan kesemuanya,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... g-khidmat-dalligna/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053891 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list