CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22518|Reply: 0

[Kelantan] Mangsa banjir mahu agensi persekutuan pantau agihan bantuan wang ihsan

[Copy link]
Post time 28-12-2023 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir mahu agensi persekutuan pantau agihan bantuan wang ihsan


Disember 28, 2023 @ 10:25pm



Air Sungai Kelantan hampir melimpahi tebing di Tambatan Diraja Kota Bharu. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR



KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan berharap agihan bantuan wang ihsan menerusi peruntukan RM50 juta oleh kerajaan Persekutuan dipantau supaya agihan itu telus dan adil.

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penduduk Kampung Tersang Mohd Hirwan Rajiuo, 42, berkata langkah itu perlu bagi memastikan hanya yang benar-benar layak mendapat bantuan itu.

"Pada awal tahun ini rumah saya terkesan banjir dan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) namun nama saya tercicir daripada bantuan RM1,000.

"Sejak November hingga bulan ini pula tiga kali keluarga saya terpaksa berpindah ke PPS justeru saya berharap agensi kerajaan Persekutuan perlu main peranan lebih baik dan pantau supaya ia tidak berulang lagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu mangsa banjir, Suraidah Ahmad, 42, yang berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati berkata usaha kerajaan menyegerakan projek tebatan banjir sangat wajar dalam mengurangkan beban yang ditanggung penduduk.

"Apabila banjir berlaku, kita akan rasa letih sebab kena pindah ke PPS lepas itu air surut kemas barang-barang di rumah pula dan itu belum lagi dikira kos yang kita rugi akibat barang rosak dan sebagainya.

"Oleh itu, keputusan kerajaan hari ini dengan segerakan beberapa projek tebatan banjir sangat tepat pada waktunya," katanya.

Mohd Suhaldi Omar, 50, dari Kampung Keroh, Kuala Krai pula berharap segala projek dan peruntukan yang diberikan kerajaan perlu digunakan sebaik mungkin oleh agensi terbabit supaya masalah banjir yang sering berlaku di Kelantan dapat diatasi dengan cepat.

"Kita tidak mahu projek-projek yang diumumkan kerajaan ini tergendala sehingga menyusahkan rakyat. Kalau janji tahun ini siap, mesti kena siap juga dan jangan beri banyak alasan kenapa ia lewat.

"Masalah banjir di Kelantan ini setiap tahun berlaku, jadi usaha oleh semua pihak sangat penting dan perbezaan politik perlu dielakkan demi rakyat," katanya.

Terdahulu, Anwar dalam lawatan meninjau situasi banjir di Kelantan telah mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada mangsa banjir di Kelantan yang terjejas akibat tiga gelombang bencana alam itu sejak November lalu.

Beliau turut meluluskan peruntukan segera bernilai RM6 juta untuk membina benteng sementara termasuk struktur alur limpah bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang bagi mengatasi masalah banjir termenung di kawasan berhampiran.– BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.707934 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list