CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31236|Reply: 10

[Dunia] Memasak Sendiri Hidangan Udang Masak Lemak, Pemuda Herlok Bangga Dapat Memelayukan Rakan Sekerja Makan Pakai Tangan, Siap Bertambah!

[Copy link]
Post time 1-1-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode


Di Malaysia, memang tidak hairanlah apabila anda lihat seseorang itu makan menggunakan tangan. Sudah menjadi satu kebiasaan untuk warganegara Malaysia memakan nasi dengan tangan. Kadang-kadang, di kedai makan pun akan ada mereka yang makan pakai tangan.

Kata orang, lebih nikmat bila dapat makan pakai tangan, kan? Haa, macam mana pula dengan mereka yang tidak biasa makan menggunakan tangan? Lebih-lebih lagi mereka yang bukan orang Malaysia? Mungkin mereka akan rasa kekok apabila perlu makan pakai tangan, kan?

Tetapi, terdapat sebuah video yang dikongsikan di platform TikTok oleh Fikri Akram, yang menujukkan rakan-rakan sekerjanya makan menggunakan tangan dan mereka kelihatan tidak kekok apabila melakukannya.

Video yang sudah mencecah 168.7k likes itu telah menarik perhatian orang ramai, terutama sekali warganegara Malaysia. Menerusi video itu, kelihatan Fikri Akram yang pergi ke kedai untuk membeli bahan-bahan masakan yang diperlukan.

Dia kemudiannya memasakkan lauk udang masak lemak dan juga ayam goreng. Makanan yang dimasak itu lalu dibawa ke tempat kerja untuk dikongsikan kepada rakan sekerjanya. Selain daripada hidangan yang dimasak, dia turut membawa sambal dari Malaysia sebagai hidangan tambahan.

Dalam video yang dikongsi olehnya itu, kelihatan riak muka teruja daripada rakan-rakan sekerjanya itu. Semuanya tersenyum apabila video mereka diambil.

Apabila lauk dan nasi sudah diambil, tibalah masanya untuk mereka menjamu selera. Tetapi, mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan chospsticks, sudu dan juga garpu. Namun, dalam video itu, kelihatan mereka semua selesa makan pakai tangan.

Gaya mereka makan menggunakan tangan tidak kelihatan terlalu kekok mahupun teragak-agak. Masing-masing menikmati hidangan yang telah dimasak oleh Fikri Akram itu. Siap ada yang tambah tau!

Itulah penangan masakan Melayu yang dimasak olehnya, serta menjamu selera menggunakan tangan. Memang terasa nikmat sangat apabila makan nasi dengan lauk yang sedap dan makan menggunakan tangan. Macam rasa sedap itu berganda pula!

Di pengakhiran video miliknya itu, rakan-rakan sekerja mengucapkan terima kasih atas hidangan yang telah dimasak dan memberitahu bahawa lauk-lauk yang dimasak amat sedap!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2024 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2024 03:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually tak melayu pun kau makan pakai tangan... Bukan orang melayu je yang makan pakai tangan di dunia nan fana ni.. but oh well sukati korang lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2024 07:21 PM | Show all posts
dapnyerrr   
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 1-1-2024 07:20 AM
Actually tak melayu pun kau makan pakai tangan... Bukan orang melayu je yang makan pakai tangan di d ...

Dah yg tuan punya diri yg masak tu melayu, takkan la nak kata mengindiakan pulak? ????‍♀️
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 1-1-2024 07:46 PM
Dah yg tuan punya diri yg masak tu melayu, takkan la nak kata mengindiakan pulak? ????‍♀️

Tapi kan mmg ada je bangsa lain pakai tangan tp skill x sama. Pernah tgh org india makan? Kalau tgk cite tamil, skil depa pakai tangan utk makan x sama kan dgn melayu, cara gaul n ramas nasi x sama
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 1-1-2024 07:21 PM
dapnyerrr

Kan…. SG tgk pon jadi lapar. Pandai dia pilih kombinasi lauk tu. Mmg sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap napak udang lemak tu.
Tp lastweek dh 2x mkn lauk udang.
Sengkek mokcik udang dh ler mehe 36-38/kg  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2024 12:30 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 1-1-2024 07:53 PM
Kan…. SG tgk pon jadi lapar. Pandai dia pilih kombinasi lauk tu. Mmg sedap

patutlah sampai bertambah kawan korea dia tu

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 01:15 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 1-1-2024 07:52 PM
Tapi kan mmg ada je bangsa lain pakai tangan tp skill x sama. Pernah tgh org india makan? Kalau tg ...

lbh kpd individu tu sendiri pny skil
bukan faktor bangsa

sbbnya pnh tgk org melayu yg mkn guna tgn elok sopan, x bersepah
ada jgk pnh tgk jenis bersepah
bkn nasi bersepah ye, tp gaya tu
same goes to bangsa lain
ada yg elok, ada yg sepah

so...........


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071795 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list