CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28242|Reply: 8

[Tempatan] Sikap rakyat masih di takuk lama punca Kuala Lumpur dicemari sampah

[Copy link]
Post time 1-1-2024 10:34 PM | Show all posts |Read mode
Sikap rakyat masih di takuk lama punca Kuala Lumpur dicemari sampah

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ur-dicemari-sampah/

Oleh NUR FATIN ZAHRA
1 Januari 2024, 5:39 pm


Sampah memenuhi kaki jalan usai sambutan ambang tahun baharu di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan rasa kecewa atas sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih gemar membuang sampah sesuka hati.

Menurutnya, masalah sampah yang dialami setiap kali tibanya tahun baharu itu membuktikan bahawa cara fikir sesetengah rakyat Malaysia masih lagi di takuk yang lama.

“Hari ini merupakan hari pertama kita menjejaki tahun 2024. Semalam, tahun 2023 ditinggalkan dengan seribu kenangan.

“Masing-masing daripada kita sudah pasti memasang azam untuk lebih berjaya dalam mengejar impian pada tahun ini.

“Tetapi, orang ramai masih lagi membuang sampah sesuka hati dengan anggapan sampah tersebut bakal dibersihkan oleh DBKL nanti,” katanya.

DBKL berkata, masyarakat perlu berhenti membanding-bandingkan keindahan Kuala Lumpur dengan bandar di negara lain sekiranya sikap masing-masing terhadap kebersihan tidak berubah.

“Kami tidak minta anda tolong bersihkan kawasan. Cukup sebagai sebagai permulaan, masing-masing urus sampah sendiri.

“Jangan buang sampah merata-rata dan kalau perlu, bawa plastik sampah sendiri,” katanya.

Dalam hantaran sama, DBKL turut berkongsi beberapa keping gambar keadaan kaki jalan yang dipenuhi sampah usai sambutan ambang tahun baharu, malam semalam. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapo plk yg gegeh beli air mineral bebanyak sampai 24 botol tu??
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
What a joke.  KL ni yang wat sampah PATI..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 06:47 AM | Show all posts
Same same je negara mana pun. Cuba gi France....taik anjing lagi..air kecing org mabuk lagi...hancing
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 08:30 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 2-1-2024 12:11 AM
What a joke.  KL ni yang wat sampah PATI..

kan!
baca tajuk je terus tau dah - warga asing la yg otak kat lutut ni punya kerja. perangat merempat nyusahkan tuan tanah.
patut time ni polis immigresen serbu check sekoq-sekoq...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 08:34 AM | Show all posts
bilalah mau matang???...ilmu & amalan agama tinggi melambung pun tak guna..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2024 09:52 AM | Show all posts
nak buat cmne,mmg dari negara asal budaya mmg mcm tu kan,jgn la salahkan org tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 09:59 AM | Show all posts
rakyat malaysia ke...
rakyat pendatang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mostly yg gigih gentayangan kat KL tu warganegara asing. tourist dari negara/negeri lain pun ye juga. KL punya vibes mcm kat Delhi. Skrg ni dh npk pulak warganegara asing berniaga kat kaki lima.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.565739 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list