CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12447|Reply: 8

Zila Bakarin Risau Babak ‘Berkemban’ Undang Kontroversi – ‘Tak Sangka Akan Ditayangkan 15 Tahun Kemudian’

[Copy link]
Post time 2-1-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode

Perasaan bimbang mula menguasai diri pelakon, Zila Bakarin saat dimaklumkan filem yang dilakonkannya 15 tahun lalu berjudul Syaitan Munafik akhirnya ditayangkan di pawagam, baru-baru ini.

Menurut Zila, dia teringat kembali babak yang dilakonkan. Katanya, dia membawa watak isteri curang. Tambahnya lagi, ada babak berkemban di dalam filem tersebut.
Berikutan daripada itu, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin ini mengakui perkara itu amat merisaukannya memandangkan kini sudah berhijab.

"Jujurnya, saya sendiri tidak ingat pasal filem ini kerana sudah lama sangat. Memang benar saya seksi habis dalam filem ini, selamba sahaja berkemban.

"Sebelum ini, saya ada dimaklumkan oleh pihak produksi filem ini akan ditayangkan. Cuma, saya tak tahu bila tarikhnya. Jika ditanya sudah tentu saya risau bila filem ini ditayangkan kerana bimbang reaksi penonton.

"Dalam era media sosial hari ini, netizen akan kecam apa sahaja dan perkara ini cukup menakutkan saya," katanya.

Sebagai manusia biasa, Zila memberitahu dia hanya mampu berdoa agar semoga semua pihak memahami situasinya kerana watak dilakonkan sebelum bertudung.

"Masa saya lakonkan watak ini, saya pun tak sangka ia akan ditayangkan 15 tahun kemudian ketika sudah berhijab. Takkankah saya nak halang produksi menayangkan filem ini hanya kerana imej terkini saya.

"Kalau ikutkan memanglah saya malu bila mengenangkan keadaan diri saya kini sudah berhijab. Nak cakap banyak pun benda sudah lama berlaku. Saya anggap ini aturan Allah yang mahu saya selesaikan segala yang tertangguh dan buka lembaran baharu.

"Saya harap semua pihak dapat memahami kerana filem ini adalah masa lalu saya dan tidak perlu diungkit. Ini kerana saya kini sedang dalam fasa untuk menjadi insan lebih baik," katanya lagi.


Sumber: BH Online




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
YaAllah,, kesiannya.. Sabar kak zila.. Moga Allah lindungi aib kakak memandangkan kakak dah bertudung kemas sempurna,,
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 10:55 AM | Show all posts
dulu dia pernah keluar statement x nak watak mak2 atau acik kampung
skrg ni dah elok btudung dulu mmg daring
bagusla nampak manis skrg
ok je bawa watak mak2 acik kg
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal lama sangat ya kena peram? Pastu nnt netizen mula bandingkan itu ini
Pilem ketinggalan zaman la itu la ini la
Dah sah2 lama giler dah shooting.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni sejak.bertudung takde nk jadia terpaling syorga terpaling lindungan kaabah. Nmpak manis je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
acik jila ni sexy..dah bertudung pun even pakai baju longgar still nampak sexy..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah yg atur dan Dia tahu apa yg terbaik buat zila. Ada pengajaran utk kita juga supaya melihat sisi baik seseorang sekalipun dia pernah menyeksi suatu ketika dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 02:18 PM | Show all posts
Harapnya FINAS potong babak berkemban tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 02:22 PM | Show all posts
Dulu dulu kalo tengok sheols mesti fikir bibir sheols tebal macam bantal. Tebal sungguh! Sayang muka cantik tapi nampak pekat dengan bantal di muka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.099533 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list