CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31882|Reply: 0

[Johor] Sesi sekolah 2024 di Johor lancar pasca banjir termenung

[Copy link]
Post time 2-1-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode

NORLIZA Noh (bertudung biru) meluangkan masa beramah mesra bersama mangsa banjir di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat

SEGAMAT – Kesemua 1,193 sekolah di Johor yang melibatkan 908 Sekolah Kebangsaan dan 285 Sekolah Menengah dibuka seperti biasa hari ini, walaupun terdapat beberapa kawasan masih dilanda banjir termenung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Johor, Norliza Noh, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai sekolah yang dinaiki air dan berharap sesi persekolahan 2024 yang bermula hari ini di negeri ini berjalan lancar.

“Sebahagian kawasan yang terjejas akibat banjir antaranya di Segamat menjadikan balai raya sebagai pusat penempatan sementara (PPS).

“Jadi tiada sekolah di negeri ini yang dijadikan PPS ketika ini dan mengganggu permulaan sesi persekolahan hari ini.

“Mana-mana guru atau pelajar yang mengalami masalah berkenaan banjir diminta memaklumkan situasi mereka kepada pihak pengurusan sekolah,”katanya ketika ditemui di PPS Balai Raya, Kampung Batu Badak di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Segamat, Abd Rahman Kecik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Zahida Zarik Khan.

Norliza yang juga merupakan ADUN Johor Lama berkata, memandangkan cuaca yang masih tidak menentu, pihaknya akan memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan sama ada terdapat guru atau pelajar yang tidak dapat ke sekolah berikutan jalanraya yang dinaiki air.

Beliau berkata, keseluruhannya, seramai 584,322 murid sekolah kebangsaan dan menengah seluruh Johor memulakan sesi bersekolah hari ini.

Sementara itu, jumlah guru bertugas seramai 48,087.-KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... a-banjir-termenung/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.088286 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list