View: 12580|Reply: 11
|
Lelaki Menyamar Jadi Polis, Siap Buat Rondaan Malam Tahun Baharu
[Copy link]
|
|
AMPANG – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota dengan memakai ‘vest’ tertera tulisan ‘Polis’ berwarna hijau di Jalan Pandan Cahaya 2/3 Pandan Cahaya, di sini, pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya ketika Op Khas Cegah Jenayah Ambang Tahun Baru pada pukul 1.45 pagi.
Katanya, suspek yang menunggang motosikal ketika itu bagaimanapun gagal menunjukkan kad kuasa polis selain memberikan alasan yang tidak munasabah.
Foto: Kosmo
“Kita juga merampas sebuah motosikal, satu anak kunci, sehelai vest tertera tulisan “Polis” dan sekeping kad pengenalan.
“Hasil ujian air kencing terhadap suspek berusia 27 tahun itu adalah negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Mohd Azam, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan berkenaan direman empat hari dan tempoh tahanan tamat esok.
“Kes disiasat bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan merujuk kepada menyamar penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki secara haram peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan menyamar sebagai penjawat awam dan memiliki peralatan polis secara haram,” ujarnya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
"Tolong dorang buat kerja pon salah..."- |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia warganegara ambil dia bekerja. Berdedikasi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk menyamar tak guna otak....
Polis buat rondaan mesti bertiga, kau sorang² memang sesuatu lah....
Polis off duty tak blh tunjuk uniform, kena pakai jaket jgn org tau kau tu polis...... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 3-1-2024 03:45 PM
"Tolong dorang buat kerja pon salah..."-
Ada sorang pcik ni, dah berpuloh tahun dia tolong polis jaga trafik...pagi² dia akn terpacak kat Datum jelatek tu jaga kt trafik light tu ....sampai polis trafik bg dia vest seakan² vest polis trafik lah...pkl 9am dorang hbis duty, polis ni ajak dia sekali pekena roti canai......lol:
Tu baru tlg....
Yg kes mcm ni, saja nk paw org ....kot jumpa couple tengah beromen dlm keta ke, blh paw.....
|
|
|
|
|
|
|
|
pakcik tu bila ptg2 dia kt jln tun razak...bertahun2 dh dia jaga trafik...rasanya mcm pernah keluar tv psl pakcik ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
okla tu dia mnyamar jd konstabel
dlu mnyamar inspector shahab perdana |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya tau org mcm ni. Kita gelak2. Dahla dia buruh binaan. Kang dia target mana2 acik2 Yindon, minah2 Myanmar, ckp nak bwk balai, kang di rogol nya nnti. Bkn boleh percaya buruh2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ambik kesempatan la tu, nak tahan & pow org
Skali dia sdr yg kena tahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|