CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30728|Reply: 1

[Dunia] Thailand mahu turunkan had umur pesalah jenayah kepada 12 tahun

[Copy link]
Post time 3-1-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Thailand mahu turunkan had umur pesalah jenayah kepada 12 tahun

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ah-kepada-12-tahun/

Oleh KOSMO
3 Januari 2024, 5:00 pm


Polis menggari remaja berusia 14 tahun yang melepaskan tembakan di Siam Paragon Mall, Bangkok pada 3 Oktober tahun lalu. – AFP

BANGKOK  – Kerajaan Thailand mahu  menurunkan had umur sabitan kesalahan jenayah daripada 15 tahun kepada 12 tahun dalam usaha untuk melakukan perubahan besar-besaran ke atas sistem keadilan negara, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Langkah itu susulan kebimbangan mengenai peningkatan  jenayah ganas yang dilakukan oleh pesalah muda.

Perbincangan mengenainya didedahkan kelmarin oleh Leftenan Jeneral (Polis), Torsak Sukwimol di Pejabat Polis Negara.

Beliau merujuk kepada kes  seorang remaja berumur 14 tahun yang  terlibat dalam insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon pada 3 Oktober lalu.

Menyedari pandangan umum bahawa undang-undang semasa bagi menangani jenayah  juvana adalah ringan serta berpotensi tidak memberi keadilan buat mangsa, Torsak berkata, polis telah merujuk aspek tersebut bersama beberapa agensi berkaitan.

Pihaknya juga mengkaji beberapa contoh kes serupa di luar negara.

Isu itu akan dibincangkan secara serius kerana jenayah keganasan yang dilakukan oleh remaja bawah umur telah menjadi semakin teruk dan lebih kerap, selain usia pesalah juga semakin muda, lapor akhbar KhaoSod. – AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia bila lagik? Kes rogol pun sebenarnya suka sama suka bernikmat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.552742 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list