CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11430|Reply: 0

[Johor] 3 daerah di Johor banjir, 4 PPS dibuka

[Copy link]
Post time 4-1-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Johor Bahru: Tiga daerah di Johor mula membuka pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di negeri ini.

Setakat jam 1 petang tadi, terdapat 96 mangsa daripada 25 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir di Mersing, Kluang dan Johor Bahru.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, dua PPS dibuka di Mersing, manakala masing-masing satu PPS dibuka di Kluang dan Johor Bahru.

"Dua PPS di Mersing dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu pada jam 12.30 tengah hari dengan masing-masing menempatkan 25 mangsa (enam keluarga) dan 27 mangsa (lima keluarga).



"PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya di sini, pula dibuka pada jam 12.45 tengah hari, namun jumlah mangsa yang dipindahkan masih dikemaskini.

"Di Kluang, satu PPS dibuka di Dewan MPK Kahang pada jam 1 petang dengan setakat ini seramai 44 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Johor, tiga jalan di Mersing terputus hubungan akibat banjir membabitkan Jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru - Endau dan Jalan Batu Pahat-Jemaluang.

Manakala, empat jalan di Kota Tinggi yang turut terjejas akibat banjir tidak terputus hubungan, namun ada yang hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

"Laluan kiri di Jalan Kota Tinggi - Mersing terhalang, namun keseluruhan jalan masih boleh digunakan dengan langkah waspada.

"Jalan Sri Perani pula hanya terdapat satu lorong dibuka untuk kenderaan ringan. Jalan Batu 25 ditutup untuk semua kenderaan ringan, kecuali satu lorong boleh dilalui hanya kenderaan berat.

"Jalan Kimlong juga hanya dibuka bagi laluan kenderaan berat sahaja," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk (lebat) sehingga Ahad ini di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala amaran hujan berterusan tahap waspada di Batu Pahat dan Pontian.

Laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula paras Sungai Johor di Kulai dan Sungai Kahang di Kluang sudah melepasi aras amaran, manakala Sungai Muar di Segamat, Sungai Ayer Hitam di Pontian dan Sungai Skudai di Johor Bahru melepasi aras waspada.

Semua daerah di Johor juga dilaporkan hujan kecuali Muar, Segamat dan Tangkak yang cerah setakat jam 12 tengah hari tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... banjir-4-pps-dibuka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.065003 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list