Tiada penambahan hari dan juga tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 9 Mac 2024.
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, dia terpaksa membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira pelbagai faktor.
Foto: IG
"Tidak ada pengumuman baru hari ini. Saya minta maaf tidak dapat tambah hari dan jualan tiket.
"Kalau saya buat 10 Mac, sudah hampir Ramadan. Kalau 8 Mac pula ia adalah hari terakhir raptai untuk konsert itu.
"Saya dan pasukan sudah fikir masak-masak. Sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi tak mungkin dapat tambah hari," katanya kepada pemberita.
Siti memaklumkan perkara itu semasa sidang media konsert berkenaan yang berlangsung pada Isnin.
Penyanyi lagu Cindai itu turut memohon maaf kepada peminat yang gagal mendapatkan tiket konsert berkenaan.
Bagi merawat luka peminat, Siti memaklumkan pada konsert seterusnya dia akan cuba menganjurkan selama dua hari.
"Saya mohon maaf ramai tidak berkesempatan sebab tiket sudah habis dijual.
"Insya-Allah konsert seterusnya saya fikir untuk buat selama dua hari," ujarnya.
Sementara itu, Siti memberitahu penyanyi popular Indonesia iaitu judika akan muncul sebagai bintang undangan pada konsert yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Tambah Siti lagi, sebahagian jualan tiket konsertnya itu akan disalurkan kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu umat Islam di Palestin.
Pada 21 Disember lalu, jualan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan.
Post time 11-1-2024 06:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
just_fighter replied at 10-1-2024 11:40 PM
Kau pergi kau tak pergi dah memang sold outtt
Sold out tak sold out is secondary....namun tak kheun sesen pun aku fork out for konsertnyer...not for anything else but utk terus mendidik retis jilatanz ko sekoq ini ......cukup cukup ler menanggung anaknanak tiri dan menantu2 tirinyer....
sokkey tokti, meols tengok clip sikit2 kat youtube & tiktok nanti pun okey dah. walaupun minat sejak meols kecik, tak kuasa meols bersesak dengan pondan2 zoners & chip in belanja hasil konsert untuk tanggung biawak2 gemok di rumah ittew....