View: 8422|Reply: 13
|
Dah Keluar Hospital. Isma Aliff Perlu Urutan Terapi Pulihkan Strok
[Copy link]
|
|
Artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff sudah dibenarkan keluar dari Hospital Ampang, Jumaat lalu dan kini berada di kediaman ibunya di Ampang Jaya.
Isma, 59, dan ibunya berusia 79 tahun yang turut terlantar sakit, menerima dua katil sumbangan sebuah masjid dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan mereka.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202401/09/092531h7xuxu04ww30w666.png) Foto: IG
Isma berkata, dia masih tidak boleh makan secara normal dan bergantung kepada susu yang disalurkan menerusi tiub.
"Saya belum boleh makan nasi dan hanya bergantung kepada susu khas yang berharga lebih RM100. Jadi tenaga saya masih belum ada.
"Saya sudah mulakan urutan secara ringan. Insya-Allah dengan urutan dan akupuntur mungkin keadaan saya akan bertambah baik," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, adiknya Shamsidah Ismail, 57, berkata, dia menguruskan abang dan emaknya termasuk menukar lampin pakai buang mereka setiap hari.
"Segala-galanya saya buat. Kadang-kadang kalau saya tak sempat, jiran akan datang bantu tengokkan," katanya.
Terdahulu, Isma dilaporkan kritikal dan ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.
Isma ditahan di hospital pada 15 Disember lalu kerana tiba-tiba diserang angin ahmar selepas mengadu sakit kepala selain badannya kebas.
Shamsidah mulanya membawanya ke klinik berhampiran, tetapi doktor nasihatkan agar membawa abangnya ke bahagian kecemasan Hospital Ampang dan kemudiannya, ditahan masuk hospital.
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..
byk pahala adik nya jaga abg dan mak bedridden |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kancilkering at 9-1-2024 11:00 AM
moga dipermudahkan semua ahli keluargaa
ismail ni ada anak 2 org…isteri dia masih ada ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat hilmi gimik, adakah sheols sihat walafiat |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih tgk dia dalam keadaan mcm ni. Semoga cepat sembuh uncle isma aliff. Meolss suka sgt tgk cite marah-marah sayang tu. Lakonan dia semua ceria. Tak sangka di hujung usia dia diuji mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
smpai skrg tak bole move on watak dia dlm Marah2 Syg partner dgn Suhaina Yahya.. ting tak a ting tang ting |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 9-1-2024 03:24 PM
teringat hilmi gimik, adakah sheols sihat walafiat
Alhamdulillah. Sihat. Dok tgk kazen ai olls promote event kursus content creator dkt Kampung I. Helmi the gimmick ni salah sorang panel |
|
|
|
|
|
|
|
semoga Isma Aliff dan ibunya cepat sembuh. Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga di permudahkan urusan..
Semoga sihat sediakala Isma dan ibunya
Mudahan2 ada tangan2 yg sudi menghulur bantuan pada mereka ini yg benar2 memerlukan.
Alfateha |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 ada terjumpa Helmi Gimmick bila gi hiking kat Bkt Melati Nilai..nampak sehat and strong lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.
.i minat dia dulu.
Sweet je muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 dia dapat berjumpa dgn anak2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
mana anak2nya? isteri..?
harap kakak yang menjaga diberi kesabaran dan kekuatan semangat...tak mudah ya jaga orang sakit..dua orang pulak tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|