CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7751|Reply: 0

KTM 890 SMT dilancar di Malaysia

[Copy link]
Post time 9-1-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode


Diperkenalkan kepada dunia April tahun lalu, KTM 890 SMT (Supermoto Tourer) kini tiba di Malaysia pada harga RM101,800 tidak termasuk insurans. Harga ini sedikit tinggi berbanding 890 Adventure (RM96,800) yang menggunakan asas sama kerana ia datang terus dengan beberapa aksesori yang di negara luar, disediakan sebagai pilihan tambahan.

Ini adalah termasuk quickshifter, cruise control serta mod Track yang menjadi tambahan kepada tiga mod standard iaitu Rain, Street dan Sport. Selain daripada itu, 890 SMT juga datang dengan Cornering ABS dengan mod Supermoto serta sistem kawalan cengkaman Motorcycle Traction Control (MTC) yang boleh ditutup.

Enjin model ini adalah sama dengan barisan model 890 lain oleh KTM, iaitu unit dua silinder selari 899 cc LC8c bersama transmisi enam kelajuan, tetapi kuasanya direndahkan sedikit berbanding 890 Duke R, menjadi 105 hp pada 8,000 rpm dan tork 100 Nm pada 6,500 rpm.

    

Suspensi pula lebih tinggi berbanding model naked tersebut, dengan jarak gerak 180 mm (hadapan dan belakang), dan ia terdiri daripada fork WP 43 mm dengan pelarasan lantunan dan mampatan di hadapan, serta monoshock WP dengan pelarasan lantunan dan prabeban spring di belakang.

Tetapan suspensi ini, apabila digabungkan bersama rim 17 inci hadapan dan belakang menghasilkan tinggi tempat duduk 860 mm, sementara jarak dari tanah pula adalah 227 mm. Berat keseluruhan model ini adalah 194 kg dan ia datang dengan tangki bahan api 15.8 liter.


https://paultan.org/2024/01/08/k ... sia-harga-rm101800/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
New Chapter 03A : Fattah Amin ~ Menjelang Hari Hari Bahagia
codenamedreamNew Chapter 03A : Fattah Amin ~ Menjelan
Views : 97961 Replies : 5048
Benda boleh bincang,buat apa gaduh:Pemandu Rapid vs Geng Basikal@Hobi Kami Mahal
YgBenarBenda boleh bincang,buat apa gaduh:Peman
Views : 427 Replies : 23
Ezlisaa Loy Selamat Bernikah
irveneEzlisaa Loy Selamat Bernikah
Views : 3109 Replies : 68
[VIU] ‘BIDAAH’ - FAIZAL HUSSEIN, RIENA DIANA, HASNUL RAHMAT, FATTAH AMIN, VANIDA IMRAN, MARISSA YASMIN
tatod[VIU] ‘BIDAAH’ - FAIZAL HUSSEIN, RIENA
Views : 1226 Replies : 5
Collectibles: Spender CARI
DiabloCollectibles: Spender CARI
Views : 2028 Replies : 31
Azam korang lepas Hari Raya Aidilfitri?
hayrin86Azam korang lepas Hari Raya Aidilfitri?
Views : 5366 Replies : 46
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 67115 Replies : 406
Sembang Santai Episod 4 ~ Sebuah Catatan Ilusi
telracsSembang Santai Episod 4 ~ Sebuah Catatan
Views : 3263 Replies : 1789
Teka teki Siput Khinzir
telracsTeka teki Siput Khinzir
Views : 292 Replies : 57
Patutlah susah dapat anak:Pernah Tiduri 4 Lelaki Sebelum Kahwin, Suami Halau Isteri Lepas Setahun Kahwin
YgBenarPatutlah susah dapat anak:Pernah Tiduri
Views : 886 Replies : 36

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-7-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039210 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list