View: 8430|Reply: 13
|
[Tempatan]
'Pelajar UMS tak mandi' -PM minta laporan penuh
[Copy link]
|
|
'Pelajar UMS belum mandi' -Anwar minta laporan penuh
Zarrah Morden
Diterbitkan: Jan 9, 2024 10:41 AM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta laporan berhubung gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Anwar yang juga menteri kewangan berkata dia tidak ingin menghukum mana-mana pihak sehingga menerima laporan berkenaan masalah itu.
"Tahun lalu semasa saya melawat ke sana, saya luluskan (peruntukan) RM3 juta.
"Saya tidak pasti (tapi) mungkin ambil masa untuk pelaksanaannya.
"Tapi saya nak laporan, mungkin daripada ketua setiausaha kementerian berkenaan, untuk bantu bertanya apa yang berlaku sejak kelulusan (diberikan) dan tindakan yang diambil oleh kementerian dan universiti dalam pelaksanaan," katanya semasa perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir dalam kunjungan ke UMS disambut dengan protes pelajar yang menyanyikan "kami belum mandi".
Dia kemudian memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menangani masalah itu, tambahan kepada peruntukan RM3 juta yang diumumkan Anwar pada Mei lalu untuk tujuan yang sama.
Anwar berkata isu tersebut mungkin dilihat kecil kebanyakan pihak namun perlu dianggap sebagai membimbangkan.
"Jadi dalam hal demikian, saya bimbang.
"Antara perancang, pengurus-pengurus besar dan pelaksanaan di (peringkat) bawah, ada kesenjangan yang nyata," katanya lagi.
Menurut Bernama, peruntukan tambahan yang diumumkan Zambry akan digunakan untuk memasang pam air dan tenaga pakar untuk mencari sumber air alternatif bagi penyelesaian jangka panjang.
Buat masa sekarang, jabatan air negeri menghantar tangki air ke kampus UMS secara berkala namun ia masih tidak dapat memenuhi keperluan pelajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan hari2 biasa yg ada air pun jarang mandi ka siswa2? Sampai bau kepam bilik hostel? |
|
|
|
|
|
|
|
bijak student tu bawak plakad macam tu. biar terbukak sikit mata orang-orang kat Putrajaya |
|
|
|
|
|
|
|
dah mcm jln cite filem Anwar:Untold Story..menteri pndidikan(pmx) bagi duit buat repair facilities2 kat skolah daif kat sabah tapi kena songlap dgn org jabatan pendidkan negeri |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa study dkt uitm mache selalu air takde....tp bes tiap kali xda air kelas cancel...hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Berita semalam ke.. bukan nak top up lagi RM 2 juta |
|
|
|
|
|
|
|
bukan UMS je...semua rakyat Sabah terkesan akibat selalu tak de air |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha betul... sekolah dhaif, tandas dhaif.. menteri jeling je..
|
|
|
|
|
|
|
|
strategi permainan politik anwar ibrahim seolah2, seakan2, macam nak bagi nampak buruk menteri dan pengurusan bawah menteri tersebut dan anwar ibrahim sbg perdana menteri akan jadi hero penyelamat yg akan selesaikan masalah tu |
|
|
|
|
|
|
|
teringat dulu study kat bangi, pun kerap takde air, masalah dengan langat 2 tu rasanya
seminggu mesti sekali takde air
pastu MPP proposed untuk utilise air perigi, sebab perigi banyak dalam kampus, sebab awal-awal u tu bukak dulu memang pakai air perigi
tapi biasalar, management memang lembap kelubi, sampai kesudah tak guna pun air perigi tu
sib baik satu sem je problem tu, sem depan dah okay |
|
|
|
|
|
|
|
masalah air berpunca dari sumbernya..air banyak tapi loji air tak berfungsi dgn full capacity.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah antara negeri paling kesian…
tempat nya cantik jalan teruk
KK nampak kemajuan tapi kotor tambah2 pinoy bersepah
Masalah electric |
|
|
|
|
|
|
| |
|