Edited by JoyahMengayah at 14-1-2024 03:48 AM
LOS ANGELES: Penyanyi, Ariana Grande menjawab segala kontroversi membabitkan dirinya menerusi video muzik terbaharu bertajuk Yes, and?
Pada bahagian awal video, sekumpulan pengkritik dirakam saling bergosip mengenai kehidupan peribadi Grande yang dibaca menerusi Internet.
Namun sebaik sahaja mereka memasuki studio, masing-masing tenggelam dan menari sambil menikmati persembahan Grande.
Menerusi lirik lagu tersebut, Grande cuba menyampaikan mesej kepada individu-individu yang selama ini mengutuk dirinya menerusi lirik berbunyi,
‘Jangan komen tentang tubuh saya, jangan balas apa-apa, kenapa awak semua nak kisah siapa punya… yang saya tunggang?’
Video muzik yang diarahkan oleh Christian Breslauer itu mencapai hampir 7 juta tontonan di Youtube sejak dimuat naik semalam.
Penyanyi 7 Rings itu pada Julai tahun lepas mencipta kontroversi menerusi perceraian dengan bekas suaminya, Dalton Gomez.
Namun spekulasi mengenai punca penceraian timbul apabila ada pihak yang mendakwa Grande mempunyai skandal dengan rakan artis, Ethan Slater semasa perceraian difailkan.
Slater bagaimanapun sudah mempunyai isteri ketika itu bernama Lilly Jay dan seorang anak yang baru lahir.
Slater kemudian memfailkan perceraian pada tahun 2023 dikatakan kerana sudah menjalin hubungan cinta dengan Grande.
Keduanya bertemu menerusi satu projek filem adaptasi drama broadway pada penghujung tahun 2022.
|