CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3867|Reply: 1

[Dunia] Kemerdekaan Taiwan tidak mungkin berlaku - Diplomat tertinggi China

[Copy link]
Post time 15-1-2024 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Kemerdekaan Taiwan tidak mungkin berlaku - Diplomat tertinggi China

https://www.bharian.com.my/dunia ... mat-tertinggi-china

Januari 15, 2024 @ 9:53am


Bendera Taiwan dinaikkan di Boulevard Demokrasi di Dewan Memorial Chiang Kai-shek di Taipei semalam. - Foto AFP

ISTANBUL: Diplomat tertinggi China, Wang Li dengan tegas menolak sebarang peluang kemerdekaan ke atas Taiwan.

"Taiwan tidak pernah menjadi sebuah negara, tidak pada masa lalu mahupun pada masa hadapan.

"'Kemerdekaan Taiwan' tidak pernah berlaku dan tidak akan mungkin berlaku," kata Wang kepada pemberita di Kaherah, Mesir.

William Lai Ching-te daripada Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah memenangi pilihan raya presiden Taiwan dalam saingan tiga penjuru dengan memperoleh 40.5 peratus undian.


Kemenangan itu menjadi penggal ketiga berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini bagi sebuah parti di negara pulau itu, yang didakwa China sebagai miliknya.

Wang mengulangi bahawa pilihan raya Taiwan adalah "perkara domestik untuk China."

"Tidak kira apa pun keputusan pilihan raya, ia tidak akan mengubah fakta asas bahawa hanya ada satu China di dunia dan Taiwan adalah sebahagian daripada China, dan ia juga tidak akan mengubah konsensus umum masyarakat antarabangsa untuk mematuhi prinsip satu China," kata Wang, menurut Kementerian Luar China.

Memetik laporan Agensi Anadolu, ia adalah kenyataan ketiga oleh Beijing sejak kemenangan Lai Ching-te Sabtu lalu.

Beliau menambah: "Sesiapa yang melanggar prinsip satu China adalah mencampuri hal ehwal dalaman China dan melanggar kedaulatan China, dan pastinya akan ditentang seluruh rakyat China dan juga masyarakat antarabangsa."

Ulasan Wang dibuat selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata: "Kami mengucapkan tahniah kepada Dr Lai Ching-te atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden Taiwan. Kami juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Taiwan kerana mengambil bahagian dalam pilihan raya yang bebas dan adil serta menunjukkan kekuatan sistem demokrasi mereka."

Bagaimanapun, Presiden AS Joe Biden berkata Washington "tidak menyokong" kemerdekaan Taiwan, yang China anggap sebagai wilayahnya sendiri dan tidak menolak untuk menggunakan kekerasan untuk menyatukannya dengan tanah besar.

Taipei menegaskan kemerdekaannya sejak 1949.

Wang menyatakan 80 tahun lalu, China, AS, dan United Kingdom (UK) mengeluarkan "Deklarasi Kaherah," yang "dengan jelas menetapkan bahawa 'Taiwan, wilayah China yang dicuri oleh Jepun, harus dikembalikan kepada China.'

"Sesiapa sahaja di pulau Taiwan yang ingin mengejar 'kemerdekaan Taiwan' untuk memecah belah wilayah China akan dihukum seberat-beratnya oleh sejarah dan undang-undang," Wang memberi amaran.

Beliau berkata percubaan untuk kemerdekaan Taiwan "serius mengancam kesejahteraan rakan senegara Taiwan."

"Ia adalah jalan buntu... China akhirnya akan mencapai penyatuan semula sepenuhnya dan Taiwan akan kembali ke tanah air," kata Wang.

Sementara itu, delegasi AS "tidak rasmi" termasuk bekas penasihat keselamatan negara Stephen Hadley tiba di Taiwan untuk "rundingan pasca pilihan raya." - AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 10:06 AM | Show all posts
kesian Taiwan..masih tak lepas2 dari C
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.573785 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list