View: 6962|Reply: 11
|
[Politik]
Sanusi 'koyak' kuat sangat - Mahdzir
[Copy link]
|
|
Sanusi 'koyak' kuat sangat - Mahdzir
[email protected]
Sanusi (kanan), Mahdzir. FOTO Arkib NSTP
Alor Setar: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya tidak terlalu emosi berikutan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pegawai Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), kata Pengerusi Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, Muhammad Sanusi tidak perlu terlalu emosi kerana agensi terbabit hanya menjalankan tugas dalam proses siasatan yang dilakukan mereka.
"Saya fikir Menteri Besar Kedah ni koyak, koyak kuat sangat, dia tak perlu emosional, tak perlu emosi. Apabila disiasat, sepatutnya Menteri Besar kata serah pada urusan penguat kuasa untuk siasatan.
"Kalau Perdana Menteri sekali pun mungkin akan guna perkataan itu, serah pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Kalau ada kes, adalah kes itu. Kalau tak ada tak apalah.
"Tapi cara dia maki hamun mengatakan barua itu, saya ingat tak adil untuk kakitangan kerajaan dan media sendiri," katanya pada sidang media di Bangunan Tunku di sini, hari ini.
Terdahulu SPRM menahan empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif KFA serta dua wakil syarikat perunding kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM6 juta dari sebuah syarikat.
Setakat ini, siasatan ke atas individu terbabit masih diteruskan dengan Muhammad Sanusi selaku Presiden KFA turut dipanggil SPRM bagi memberi keterangan minggu lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 15-1-2024 03:29 PM
Mestilah koyal rabak dek..kes straihgt to the point sgt,dah takleh konar2
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mintak suap sampai RM6juta. Yeahh. |
|
|
|
|
|
|
|
Paling xguna projek xkasi tapi duit rasuah pegi amik |
|
|
|
|
|
|
|
dia tetap MB kami sempoi dimata unn untitt |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bila masa tak pernah koyak. haritu pasal beras pun nak saman kan..senyap terus. Adalah pepatah chengmai berkata, Panas tak apa, jangan koyak...Manja sangat anak siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
rasuah tu bila ada pihak bagi something dgn mengharapkan balasan
kes ni bagi something tapi x dapat apa2.... kira sedekah la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
dah la nak rasuah, kena scam pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
s@s@ replied at 24-1-2024 11:21 AM
rasuah tu bila ada pihak bagi something dgn mengharapkan balasan
kes ni bagi something tapi x dap ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|