CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11864|Reply: 0

[Dunia] Arnold Schwarzenegger ditahan akibat jam tangan mewah

[Copy link]
Post time 19-1-2024 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Arnold Schwarzenegger ditahan akibat jam tangan mewah

https://www.bharian.com.my/dunia ... at-jam-tangan-mewah

Januari 18, 2024 @ 10:56pm


Arnold Schwarzenegger ditahan di lapangan terbang Munich kerana gagal mengisytiharkan jam tangan yang mahal. - Foto AGENSI

MUNICH: Pelakon aksi Hollywood, Arnold Schwarzenegger ditahan di lapangan terbang Munich, semalam, kerana gagal mengisytiharkan jam tangan berharga.

Pelakon kelahiran Austria dan bekas gabenor California, 76, itu ditahan selepas tiba dari Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap kastam, Thomas Meister berkata, Schwarzenegger dijangka meneruskan perjalanannya namun "jam tangan itu mungkin perlu ditinggalkan".

Prosiding jenayah sudah dimulakan terhadap bintang "Terminator" dan bekas ikon bina badan kerana mengelak cukai.

Cukai sepatutnya dibayar kerana Schwarzenegger berhasrat untuk menjualnya di Kesatuan Eropah (EU).

Jam tangan mewah itu akan dilelong pada majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk inisiatif iklim Schwarzenegger di Kitzbuehel.

Jam tangan itu dilaporkan ditempah khas untuk Schwarzenegger oleh pembuat jam tangan mewah Switzerland Audemars Piguet. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.336868 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list