CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5640|Reply: 16

Mohon jangan halang kerja anak seni – Awie

[Copy link]
Post time 19-1-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Mohon jangan halang kerja anak seni – Awie

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... rja-anak-seni-awie/

Oleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI
19 Januari 2024, 4:11 pm


AWIE memohon pengertian ramai agar tidak menyekat rezeki penggiat seni. - FOTO M. FIRDAUS M. JOHARI

KUALA LUMPUR – “Ini adalah tanggungjawab saya dan perjuangan saya (sebagai anak seni) untuk keluarga. Jadi jangan halang tanggungjawab kami”.

Demikian kata penyanyi Datuk Awie ketika mengulas gesaan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor terhadap penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza agar menunda Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Awie atau nama lengkapnya Ahmad Azhar Othman, 56, berpendapat, kerjaya anak seni itu telah pun ditentukan oleh Allah SWT untuk mereka mencari rezeki dalam dunia hiburan.

“Allah yang tentukan (kerjaya), bukan kami. Jadi kenapa kami kena hentikan kerja kami? Sedangkan kami boleh berdoa setiap hari.

“Di atas pentas pun boleh berdoa. Sebelum kami mulakan persembahan, kami buat solat hajat dahulu, beri sumbangan kepada Palestin. Cuma tidak cerita kepada orang, takut nanti jadi riak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tegas vokalis kumpulang Wings itu lagi, tanggungjawab menyara keluarga, selain terikat dengan pelbagai komitmen menyukarkan golongan artis untuk menghentikan aktiviti seni mereka, termasuk penganjuran konsert.

Justeru Awie berharap agar perkara itu tidak diperbesar-besarkan kerana mereka hanya mahu mencari rezeki dengan menggunakan bakat dikurniakan Tuhan.

“Semua orang takut dengan dosa. Pekerjaan ini (artis) adalah kerjaya kami. Cuma, tak perlulah untuk sentiasa pamerkan kebaikan yang kita buat.

“Mereka (golongan agamawan) tidak patut menghentikan pekerjaan yang kami lakukan. Seolah-olah mereka menyekat rezeki kami. Menyekat rezeki anak-anak kami.

“Nak makan apa kalau tidak bekerja? Jadi, gunakan akal dan sentiasa berdoa,” katanya.

Awie yang ditemui semasa sidang media Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter di sini, semalam, turut menyifatkan kerjaya anak seni juga sama seperti imam masjid yang juga dibayar gaji untuk meneruskan kehidupan.

“Bersyukurlah masing-masing ada kerja dan tanggungjawab. Seperti juga imam masjid yang dibayar gaji. Apa akan jadi kalau dia tidak bekerja? Jadi, jangan halang tanggungjawab kami.

“Kami juga berkeluarga. Ada anak-anak yang masih bersekolah dan belajar di universiti. Ini adalah tanggungjawab dan perjuangan saya serta rakan lain.

“Seni adalah perjuangan kami untuk keluarga. Secara kebetulan, kami dilahirkan dengan bakat seni.

“Ada kemampuan untuk menyanyi, berlakon, buat lagu dan sebagainya. Jadi, kami kena teruskan,” katanya.

Terdahulu, Wan Salim menggesa agar konsert Siti yang bakal diadakan pada 9 Mac dianjakkan ke tarikh baharu bagi menghormati kehadiran bulan Ramadan yang dijangka jatuh pada 12 Mac nanti.

Menjawab gesaan tersebut, Siti, 45, menerusi kenyataan rasmi syarikat yang dinaunginya iaitu Yayasan Nurjiwa berkata, tujuan utama konsert tersebut diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

Pada masa sama, Yayasan Nurjiwa turut menjelaskan, pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memaklumkan bahawa hanya tarikh 9 Mac sahaja yang kosong sepanjang tahun 2024.

“Buat pengetahuan semua, kami sudah membuat tempahan stadium sejak awal 2023 lagi namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan.

“Tarikh baharu yang diberikan pihak stadium adalah 9 Mac namun memahami matlamat utama konsert ini membuatkan Yayasan Nurjiwa mencapai keputusan untuk meneruskannya.

“Sekali lagi kami jelaskan, konsert ini bukan dianjurkan atas keuntungan sebaliknya untuk rakyat Palestin,” ujar kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 06:24 PM | Show all posts
atlet2, pemain bola sepak, rugby, dan semua pekerjaan lain disarankan berhenti melakukan kerja hakiki masing2 dekat2 bulan ramadon dan juga dalam bulan ramadon... semua perlawanan bola sepak digantikan dengan aktiviti mengimarah masjid2 dan surau2... #kaupuasatak? #gengplastikhitamtak? #puasatapiboncit?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya tuhan.....awie pon..org tu nasihat tangguh je pon....merentan dah kenapa..x nak tangguh teruskan je lah...tiket pon dah sold out..enjoy je laaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
iols setuju kalau kat Msia dihapuskan segala bentuk hiburan on all platforms. Jangan pilih2lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 19-1-2024 10:55 PM
iols setuju kalau kat Msia dihapuskan segala bentuk hiburan on all platforms. Jangan pilih2lah.

Mn boleh! Kesian kt palestin kalau xde konsert tokti
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 12:09 AM | Show all posts
Awie.
Deme suh tangguh je, bukan halang pun.
Even tu "pekerjaan" korang ke, "tanggungjawab" korang ke, mende x sesuai deme tegur.
Idok le buat demo ke hape pun.
Aku paham je dua2 pihak.
X perlu melenting, sbb ko xde pape pun dalam perbincangan deme.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tbh iols tak bole hadam konsep berhibur sambil beramal.. dia mcm air dgn minyak tak bole bersatu gitu.. dia mcm nak berhibur berhibur.. nak beramal beramal.. takde sambil2 in between..

ntah2 awie ni bakalan jadi guest artis tak utk konsert siti ni.. sementelah dorg ada lagu duet baru kan haruslah kena perform..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokti ni kan memang degil dari dulu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak halang pon. Hek eleh tok sawie ni merentan plak bknnya org smash dia pon.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong mufti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik ler the only slot available utk venue  bukan dlm bulan ramadhan itself....

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
TokTi cari duit raya. Laki xde job.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cap_ayam at 21-1-2024 01:28 AM

Bawa2 istighfar tok .. mufti tu buat kerja dia. Takdepun mufti tu halang.. dia cadangkan pospon. Kalau tak boleh teruskanlah buat konsert.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 20-1-2024 03:58 PM
TokTi cari duit raya. Laki xde job.

Betul erk? Kesian DCT. Kalau dah gitu, dah jadi tahap daruratlah kan, maka dibolehkan lah kan? Betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 19-1-2024 10:59 PM
Mn boleh! Kesian kt palestin kalau xde konsert tokti

Kannnn..kalo tak buat konsert lalak2 golek2 pungkok mana nak cari dana bantu palestin..itu jer satu2 jalan yg ada nak dapatkan sumbangan bapok2 gergasi n acik2 kepam terbiar...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya boleyh sajork nak kutip dana tanpa bergelek atas pentas. Tuew maman palestin boleyh kutip berjuta siap boleyh beli jongkong emas, bukak kompeni lagi. Modal deols tangisan anak² palestin sajork.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cannot la awie ni. Lagu wings yg i suka pun yg pasti bukan awie yg nyanyi.. lena diulit intan. Over nau nak defend kerjaya yg sah2 la nabi tak suka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.370333 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list