CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10112|Reply: 1

Terhantuk objek keras mungkin punca vertigo – Fizo Omar

[Copy link]
Post time 23-1-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelakon, Fizo Omar memaklumkan insiden terhantuk pada objek keras sebelum ini mungkin menjadi punca kepada masalah vertigo yang dialaminya baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Fizo berkata, dia telah merujuk perkara itu kepada doktor dan kini diberikan rawatan bersesuaian untuk sembuh.

“Saya ada memaklumkan perkara itu kepada doktor yang merawat saya. Dia tidak menolak kemungkinan hentakan yang berlaku di bahagian kepala menjadi antara punca saya mengalami vertigo.

“Justeru saya buat masa ini masih diletakkan dibawah pemantauan (di rumah), kurangkan pergerakan dan terus dirawat dengan ubat-ubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fizo pada 18 Januari lepas terpaksa dikecualikan daripada mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O kerana pengsan akibat vertigo.

Disoal tentang perkembangan kesihatannya sekarang, pengacara berusia 38 tahun itu memaklumkan keadaannya masih belum sepenuhnya stabil dan perlu berehat untuk pulih.
“Saya tak boleh banyak bergerak, perlahan-lahan untuk bangun kerana pergerakan masih tak seimbang.

Buat masa ini saya tak berani nak pandu kereta. Lebih banyak berehat.

“Kepada yang bertanya, terima kasih atas doa anda. Mungkin Allah takdirkan perkara ini berlaku kepada saya untuk beri kesedaran tentang masalah vertigo ini.

“Kepada sesiapa yang mengalami gejala sama seperti pening, sakit kepala atau pengsan, cepat rujuk kepada doktor. Ambil serius perkara ini,” sarannya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
la yekw..
vertigo ni xyh posa kn kalau memudaratkn betul kew?
bahaya x sbb my boss ats i sikit ada vertigo..i hrp dia cpt go sbb dia hanat
asyik mengarah je..mcm shial
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.205474 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list