View: 16940|Reply: 70
|
[Tempatan]
PADU dah berjaya pun daftar automatik(?)lebih 30 juta rakyat Malaysia.Anda cuma kemaskini je.Anda keliru?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 27-1-2024 12:33 AM
KUALA LUMPUR: Selepas 21 hari dilancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berjaya mendaftarkan seramai 30,076,018 juta orang warganegara Malaysia dan pemastautin.
Menurut Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, daripada jumlah ini 21,966,960 juta orang merupakan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.
Mohd Uzir menjelaskan, Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 5,863,817 juta orang diikuti Johor dengan 3,790,108 juta.
Jadi apa yang ingin saya sampaikan disini, sebenarnya sistem PADU telah berjaya mendaftar sepenuhnya dalam maklumat-maklumat yang kita terima dari berbagai agensi.
"Ia akan menjadi asas kepada program-program pelaksanaan inisiatif baru kerajaan termasuk lah perlaksanaan rasionalisasi subsidi yang juga program yang akan diputuskan oleh kerajaan dalam masa ke semasa," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Mohd Uzir juga menjelaskan rakyat Malaysia turut diberi peluang untuk mengemas kini data bermula 2 Januari hingga 31 Mac.
"Data-data yang kita terima pada 2023, 2022, 2021 yang mana status, misalnya alamat, sudah berubah.
"Status dulu ada yang tidak berkahwin sekarang sudah berkahwin, dulu ada yang masih belajar sekarang sudah bekerja.
"Jadi itu sebab sistem ini membuka kepada orang ramai mulai 2 Januari hingga 31 Mac untuk mengemas kini maklumat yang telah didaftar masuk oleh sistem PADU itu," katanya lagi.
Jelas beliau setakat ini sistem PADU telah menerima lebih 1.5 juta kemas kini oleh rakyat Malaysia.
Mohd Uzir berharap rakyat Malaysia untuk segera mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem PADU.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Solokkk at 30-1-2024 10:18 PM
Erkkkk…dasat formula Rapiji, terus dapat daftarkan 30 juta netizen kat PADU Mohon geng2 panatik specialization dlm nonggeng jubur di jln2 raya, untuk kemaskini data secepat kilat . |
|
|
|
|
|
|
|
belum daftar, dah boleh kemaskini? hebat |
|
|
|
|
|
|
|
Wajib ke isi? Nanti data jatuh ke tangan scammer |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 30-1-2024 10:37 PM
belum daftar, dah boleh kemaskini? hebat
Dia punyalah baik hati terus auto daftar bagi pihak ko,yg tinggal cuma untuk kemas kini je,usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
Penjawat awam kena paksa isi sbb nak mengharapkan rakyat marhaen daftar sampai sekarang sendoorina jua tersengih sinisssss |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 27-1-2024 01:20 AM
Apa ni...suka suki jer 'amik' data peribadi orng..
Apa nak heran, zaman brim pun dah pernah buat, tahun 2018 ke 19, tak ingat zaman najib ke zaman madey dah naik balik.
Mana2 pasangan tak de akaun, akan dibukakan akaun BSN, iols la antaranya. Masa tu kerajaan tak nak masukan dalam akaun suami atau ketua isi rumah, jadi mana2 yang tak de bsn akan dibukakan akaun bsn, tinggal nak update data je, yang ada nama, ic no akaun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la cara senang pemerintah nak control rakyat. Yg lagi bimbang ialah derang ni boleh jaga rapi ka info peribadi kita agar tak bocor kpd org2 jahat. Aku bimbang identiti dicuri. Zaman2 It, AI ni... jgn buat mudah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah PADU ni dibolehkan potong pendapatan bekas suami untuk nafkah anak2 mereka yang dijaga bekas isteri, itu satu permulaan yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
muka die ada iras boxer femes dr pinoy tu
manny paco something
|
|
|
|
|
|
|
|
30 juta yg dorg sndiri daftarkan
drpd 30 tu 1.5 juta je yg update
|
|
|
|
|
|
|
|
"apa ni MADANI u worang suda serupa kita PATI jugak..'suka suki ceroboh,suka suki buat saja sini negara"-Abangla |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak link ja dgn mysejahtera tuu? Aii rasa lg senang..situ kena covid pun boleh tau kn..nk booking appointment spital..tahap kesihatan semua dah ada.knp nk padu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
akuchenta replied at 30-1-2024 10:54 PM
Wajib ke isi? Nanti data jatuh ke tangan scammer
Tak wajib.nanti bila x dapat segala mak nenek sabsidi jgn bising. |
|
|
|
|
|
|
|
Huh
Rakyat msia ada 33 juta. Dah daftar 30juta.
Kamon yg lagi 3 juta. Jom daftar ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 31-1-2024 01:38 PM
Taktau pun yg ni.. maksudnya BRIM tu bukan husband laa dapat? Dapat ke isteri ka? Aii xpenah dapat ...
Hasben yang mohon, dah tu tahun 2018/2019 tu kalau lulus masuk akaun bini, mula tak percaya,tapi tengok kat sistem memang masuk akaun bsn, bila tanya bsn memang kerajaan tolong buka, tapi hanya ada 3 maklumat tu, dan terus kena update maklumat yang lain2.
Lepas tu, tahun seterusnya masuk akaun laki balik,. |
|
|
|
|
|
|
| |
|