View: 13211|Reply: 47
|
[Tempatan]
Cleopatra fail permohonan status nikah dengan Bakri Zinin, dakwa tak pernah kahwin
[Copy link]
|
|
Cleopatra fail permohonan status nikah dengan Bakri Zinin, dakwa tak pernah kahwin
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1208986/cleopatra-fail-permohonan-status-nikah-dengan-bakri-zinin-dakwa-tak
Oleh Suraya Roslan - Februari 5, 2024 @ 3:08pm
[email protected]

Bakri Zinin (kiri) dan Cleopatra yang pernah bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu pada PRU15.
KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin terkejut sebaik menerima sijil pernikahan dari Thailand sedangkan dia tidak pernah ke sana dan berkahwin dengan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.
Ahli perniagaan, Nur Fathiah Syazwana, 30, atau lebih dikenali sebagai Cleopatra memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengenai status 'pernikahan' dan sijil nikah yang diperolehnya.
Menurutnya, permohonannya hari ini bagi menjernihkan status dirinya yang tidak pernah berkahwin dengan Mohd Bakri dan mahu siasatan dilakukan pihak berkuasa mengenai sijil nikah palsu itu.
"Saya berharap dapat selesaikan (isu) ini secepat mungkin.
"Saya belum buat laporan polis, saya cuba nak elak (buat laporan polis) kerana tidak mahu menjatuhkan reputasi sesiapa," katanya selepas prosiding sebutan kes dalam kamar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.
Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, Mohd Bakri, 70, selaku responden tidak hadir kerana ada penyakit parkinson dan kanser prostat.
Terdahulu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata anak guamnya tidak pernah berkahwin dengan Mohd Bakri di negara jiran menerusi fizikal atau aplikasi Zoom dan pelik bagaimana satu sijil nikah dari Thailand itu dikeluarkan tahun lalu.
"Anak guam saya tidak pernah ke Thailand berdasarkan tarikh dinyatakan dalam sijil nikah palsu itu.
"Kita sudah pun eksibit pasport anak guam yang jelas menunjukkan tiada pergerakan keluar dan masuk ke negara seberang pada tarikh berkenaan," katanya.
Ditanya bagaimana sijil nikah itu diperoleh anak guamnya, Akberdin berkata, sebelum kes dibawa ke mahkamah hari ini, anak guamnya rujuk kes itu ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan agensi agama itu kemudian mengesahkan dokumen itu adalah palsu.
"Anak guam saya menerima satu sijil nikah dari Thailand diberikan kepadanya dan neneknya dipercayai daripada pihak responden pada tahun lalu.
"Bagaimanapun, dalam afidavit jawapan, pihak responden (Mohd Bakri) tidak mengaku dan kita tunggu apa yang diputuskan mahkamah nanti," katanya.
Menurutnya, mahkamah akan membuat keputusan berpandukan siasatan JAWI walaupun jelas sijil nikah itu palsu.
"Kes ini agak unik, biasanya orang datang ke mahkamah untuk pengesahan pernikahan, tetapi anak guam saya hadir ke mahkamah hari ini untuk pengesahan pernikahan yang tidak pernah berlaku," katanya.
Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd Bakri ketika ditemui turut mengesahkan perkara sama.
"Pihak kami juga sudah meneliti segala permohonan itu dan boleh kami katakan pernikahan antara pemohon dan responden tidak wujud," katanya.
Mendengar hujah kedua-dua pihak, Wan Mohd Najib kemudian menetapkan 22 April ini bagi sebutan semula kes dan pihak-pihak berhujah berhubung permohonan status perkahwinan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cleo ni buat apa je sekarang ye lepas kalah hari tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Laaahhh..x penah nikah tp ada keluar sijil nikah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo sungguh xpenah nikah, knp perlu naik mahkamah juga utk sahkn status solo sheols???
Perlu ka?
Sijil pn katanya pelesu.
Knp melayan?
Lain ler sheols menikah & nk sahkn kt mesia know² sijil tu pelesu.
Konpius meols apa masalahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi hari tu kat ig cleo ada gambar dia ngan bakri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 5-2-2024 03:41 PM
Kalo sungguh xpenah nikah, knp perlu naik mahkamah juga utk sahkn status solo sheols???
Perlu ka?
Si ...
Mungkin nak nikoh dgn memana vvip kot...so kena ada blacknwhite sahkan sijil tu palsu...
Minah ni kan laku |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 5-2-2024 03:41 PM
Kalo sungguh xpenah nikah, knp perlu naik mahkamah juga utk sahkn status solo sheols???
Perlu ka?
Si ...
kalau tak sahkan agaknya akan jadi cerita lain la kot kemudian2 nanti..lebih baik settle awal2, bagi ada black and white |
|
|
|
|
|
|
|
2nd wifey kan? 1st wife mcm dari 1 negeri dgn Tan Sri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akberdin vs Fakhrul Azman |
|
|
|
|
|
|
|
kannn
in fact, pihak lelaki pun tak ngaku
"Bagaimanapun, dalam afidavit jawapan, pihak responden (Mohd Bakri) tidak mengaku dan kita tunggu apa yang diputuskan mahkamah nanti," katanya."
mcm forummer lain tulis la
kot sheols dlm proses nk nikah
tu yg nk buat penjernihan
elak kes pismidun-joy
|
|
|
|
|
|
|
|
jap, dia ni sapa? ingat2 lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Baru faham kenapa dia dapat tender berkaitan keselamatan ke apa hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nikah di thailand tp x verify dgn pihak aga sini umpanma xpnah berkahwin |
|
|
|
|
|
|
|
tukul replied at 5-2-2024 03:52 PM
Mungkin nak nikoh dgn memana vvip kot...so kena ada blacknwhite sahkan sijil tu palsu...
Minah ni ...
Ka mmg nikah tp know² sijil tu pelesu.
Baik naik court kasi clear utk damage control.
Manakn tadak angin tadak ribut dpt ada sijil nikah, jantan yg bg pulak tetiba xngaku  |
|
|
|
|
|
|
|
Beza umur 40thn.yg lelaki ada parkinson,prostat.donia..
.donia |
|
|
|
|
|
|
|
ACC106 replied at 5-2-2024 04:11 PM
Akberdin vs Fakhrul Azman
Sapo ni u...akhbardeen ni loyar si C ni kan...sorang lg tuh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Macamanalah jantan2 boleh berkenan muka fake camni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Iolss Google, akberdin loyer Puteri Sarah, Diana Danielle, Hapiz Rosdi.Fakhrul Azman lawyer Mizz Nina, Fatah Amin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|