CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12894|Reply: 0

Elak Jubin Meletup, Ini Cara Pemasangan Betul,Tahan Lebih 10 Tahun

[Copy link]
Post time 2-3-2025 12:02 PM | Show all posts |Read mode

jubin rumah meletup atau terangkat sering berlaku di kebanyakan kediaman.

Situasi ini tentunya mencetuskan kebimbangan, malah memerlukan kos untuk menggantikan jubin yang rosak.

Punca utama kejadian ini adalah pemasangan yang tidak kemas serta tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Keadaan konkrit yang tidak sekata terutama untuk jubin bersaiz besar, menyebabkan poket udara terbentuk dan seterusnya mengembang lalu mengakibatkan jubin meletup.

Cara elak jubin meletup

Untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang, pemasangan jubin yang betul sangat penting.

Di media sosial, Mohammad Kechiksetia pernah berkongsi tip mudah yang boleh dilakukan sendiri jika melibatkan kuantiti jubin yang kecil.

Bancuh simen gam dengan susu simen

Sebelum memasang jubin, bancuh simen gam bersama susu simen dan biarkan kering sekurang-kurangnya satu hari. Ini membantu memastikan permukaan lebih kukuh.

Gunakan campuran simen gam dan simen biasa

Apabila tiba masa untuk memasang jubin, gunakan campuran simen gam dan simen biasa dengan nisbah satu beg simen gam kepada dua beg simen biasa.

Pastikan permukaan sekata

Pastikan konkrit atau lantai rata sebelum pemasangan bagi mengelakkan poket udara yang boleh menyebabkan jubin terangkat.

Menurutnya, kaedah ini telah diamalkan sejak tahun 2010 dan terbukti berkesan dalam mengelakkan jubin daripada meletup atau terangkat.

Jadi bagi pemilik rumah atau tukang yang ingin memasang jubin bersaiz besar, pastikan teknik yang betul digunakan untuk ketahanan jubin dalam jangka masa panjang.


Sumber: mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061609 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list