View: 19743|Reply: 94
|
[Tempatan]
Hentikan sangkaan buruk terhadap saya. Saya tidak akan meninggalkan negara ini - Raghad
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 11-2-2024 02:50 AM
Raghad (kiri) memohon orang ramai menghentikan semua andaian dan tuduhan jahat terhadapnya kerana keutamaannya ketika ini hanyalah untuk menjaga suaminya, Tun Abdul Taib Mahmud. - Instagram Raghad Taib
KUCHING: Isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merayu kepada rakyat Sarawak agar menghentikan tuduhan dan sangkaan jahat terhadapnya.
Dalam satu surat terbuka kepada media sekitar jam 1.21 pagi ini, Toh Puan Raghad Kurdi Taib berkata, beliau sedar tersebarnya berita mengenai dakwaan insiden melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar di sini.
"Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita di portal dan media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
"Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.
"Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini terhadap saya kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada ketika ini," katanya.
Raghad turut merayu agar semua pihak tidak percaya akan sebarang khabar angin bahawa beliau akan melarikan diri.
"Walaupun saya adalah orang asing, tetapi sekarang saya rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.
"Saya tidak akan meninggalkan negara ini dan akan meneruskan kerja-kerja amal saya kepada rakyat Sarawak selepas Tun Taib kembali sihat, Insya-Allah.
"Dengan ini, saya harap anda semua dapat berkumpul dan mendoakan Tun Taib. Terima kasih."
Sejak semalam, tular kandungan sebuah portal berita yang mendakwa Raghad telah melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar, dengan mencabut segala gajet rawatan yang dipasang ke badannya.
Turut tular, salinan laporan polis oleh pihak hospital berkenaan selain foto Abdul Taib yang sedang dirawat.
Raghad pada petang semalam turut memaklumkan menerusi media sosialnya bahawa tuduhan itu adalah tidak benar dan berniat jahat, sambil mendakwa telah mendapat kebenaran jururawat bertugas dan memuat naik nota oleh jururawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Abdul Taib, 87 tahun, menamatkan perkhidmatan 10 tahunnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Isnin lalu, dan digantikan oleh anak didiknya, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Sebelum ini, Abdul Taib yang menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet negeri dan Persekutuan sejak 1963, merupakan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.
Polis sahkan terima laporan kes tular bawa keluar Tun Taib Mahmud
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 6-2-2024 09:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
opkoz la....habuan besar menanti....cuba si kertu ni driver bas express...ko ghaser? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun aku x paham tulisan doktor ni laaaa.. Ragad x explain pun kenapa dia keluarkan husband dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu gambar yg tengah packing berkoyan2 tu zaman bila punya..??![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga achik Raghad tabah dan diberikan kekuatan untuk menghadapi saat2 sukar begini. Orang toxic ada di mana2. Abaikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang signed ni registered nurse bukannya doctor. Laku ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
sape² kat sini boleh tak tolong translate kan tulisan nurse tu
pening aku baca
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg tulis nurse, yg report polis doktor. Nak percaya doktor ke nurse macam ni. Siapa yg lagi berkuasa untuk tahan atau discaj pesakit. Nurse takde kuasa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kalo pesakit kat icu dibenarkan keluar balik rumah 1 sebab jer. Da x de harapan. Adalah ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la xnk keluar dr malaysia. Dah diiktiraf jd bangsa melanau. Kekayaan berkepuk kt sini. Nk lari wakpe dia kata. |
|
|
|
|
|
|
|
tk percaya aku dia ni....pernah tgk video, berjalan pun depan suami dalam acara rasmi. |
|
|
|
|
|
|
|
i dont know that nurse ada authority utk discharge patient. bukan attending specialist ?? yeah, looking foward for more drama |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni pelik dengan rakyot sana, tok fosil tulang dinosaur ni bukan main kaya namati hasil tarah hasil bumi tapi rakyot agungkan dia pastu salahkan tanah melayu..otak penuh sumpit ke sampai buta mata hati ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Raghad terbaik. semoga diberikan kekuatan. |
|
|
|
|
|
|
|
nak jaga tapi tak ada kemahiran untuk jaga pesakit, tak ada pengetahuan tentang penyakit, tak tau pasal ubat, bagaimana dan apa yang perlu untuk monitor, kelengkapan dan peralatan untuk perubatan biar betul dia ni... kalau kat rumah doc pun kena tinggal sanalah barangkali kalau ikut dia, dia tak rasa dia selfishkah dan terlalu bodoh? atau dia nak taib tu cepat mati sebenarnya ... mungkin atas nama kasih sayang...
![](static/image/smiley/biggif/24.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ker nurse yg sign? patut doktor yg rawat |
|
|
|
|
|
|
|
RN hada otoriti ka discaj org dr icu?
Soklan siriyus.
Mohon pencerahan. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 6-2-2024 10:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by mojarean_X at 6-2-2024 10:58 AM
Decaffeinated replied at 6-2-2024 10:08 AM
Semoga achik Raghad tabah dan diberikan kekuatan untuk menghadapi saat2 sukar begini. Orang toxic ad ...
Baguslah bang. Saya pun bersimpati. Semoga dipermudahkan tm di saat2 akhirnya. Raghad ni pernah like dan reply comment saya dulu. So saya x rasa dia seburuk yg digambarkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|