CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: af_mania

akhirnya datuk siti dengan album inggeris

  [Copy link]
Post time 3-3-2011 08:14 AM | Show all posts
buat2 takot lah u olsssss
micha Post at 2-3-2011 16:59


owhh... hehehe..... rupa2nya uolss ada tersirat... maafkan iols kerna lambat pikap....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2011 08:47 AM | Show all posts
Reply 152# nashrudean


    sexy?... why give back side angle?... bukan boleh nampak kurus pun...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 08:47 AM | Show all posts
Reply 126# dideal_2004


bole le berduet dgn JL, celine dion peminat CT..kalo MJ lg pun bole...i song cindai versi inggerih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 08:49 AM | Show all posts
celine dion ambil masa 2 minggu belajar english sampai fasih....
dalam masa 2 minggu tu penuh satu hari dia belajar....
sebelum tu, cakap english pun dia tak reti....
kena usaha kuat....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 08:52 AM | Show all posts
Reply 152# nashrudean


    apa yang dok kat celah tiak tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:06 AM | Show all posts
emm harap2 ct faham lirik yg dia nyanyikan 2
x nak org diluar sana meperkecilkan ct
pepun caiyok ct
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2011 09:25 AM | Show all posts
nape tiba2 aku ngidam nak tarik jer benda atas kepala mek T ni ek....
mcm semak jer aku tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:30 AM | Show all posts
kalo reputz2 dr akhbar mana-mana ceruk kat US tu tanya CT

reporter:  how do u feel abt making your first debut album in english?

CT: oh...i feel enjoy lah....

memandai je aku....peminat tegar CT  jgn mare yek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2011 09:35 AM | Show all posts
Reply 158# nour2001

memang pun tapi kalau bangsa cakap omputih walau pun berterabur
punya kita menganga
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:37 AM | Show all posts
wow cantik jelita
siti memang sesuai dengan kaler kaler pastel
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:38 AM | Show all posts
x perlulah ko nak ingatkan aku ,sebab aku kenal siapa aku....baik ko ingatkan diri ko supa ...
HannahMontana Post at 2-3-2011 22:35



tingkatkan prestasi kurangkan kontro versi.....
tak gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:41 AM | Show all posts
itulah org melayu kita ni...kalau org lain salah sebut terutama org mcm tok ti  mesti kena ...
nour2001 Post at 3-3-2011 07:10


kheeennnnn.............tok ti lemah dlm engrish skalipun, dia dah kaya raya...dah ada harta n bisnes sendiri dgn usaha sendiri

retis2 lain mcm azza elite, watie elite, neelofa, shah jakel, shahir AF8, misha omar , rozita chew wan, erra fazira, zahida rafik, ainul aisyah, dan lain2 retis kat luar sanaaaa tuuu tu sume, gheti ke berhbahasa inggeris ala2 british council???
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:44 AM | Show all posts
kheeennnnn.............tok ti lemah dlm engrish skalipun, dia dah kaya raya...dah ada harta n bi ...
cmf_premierleag Post at 3-3-2011 09:41



    uols buat hujah kaya raya lagik ker.......habislah uols kena lahar nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:46 AM | Show all posts
celine dion ambil masa 2 minggu belajar english sampai fasih....
dalam masa 2 minggu tu penuh satu  ...
purpler Post at 3-3-2011 08:49



    masalah siti aku rasa satu jerk......lingkungan sekeliling dia, semua cakap melayu....jadi walaupun belajar, dia jarang mendengar dan berinteraksi dalam omputih....

aku cadangkan siti belajar kat austrolia ker, lansung takde org melayu disekelilingnya, nanti akan force dia untuk pickup lebih sket....dan kena jugak speaking....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:46 AM | Show all posts
Fuhhhh...ada chance le ct nak buat konsert kat US... dah ada album inggerishhh
dideal_2004 Post at 2-3-2011 22:02



   aihh sebelum ni takdak album inglish pun dah sampai landen hokkay
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 10:01 AM | Show all posts
Bakal muncul bersama album Inggeris
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2011/03/03

Komposer Australia menjadi pilihan Siti Nurhaliza jayakan projek khas SNP, What’s Up Entertainment

SUDAH lama sebenarnya penyanyi ini menyimpan hasrat merakamkan sebuah album Inggeris. Namun hanya selepas 16 tahun, barulah keinginan itu terlaksana.
Sehingga kini sudah enam lagu dirakam Datuk Siti Nurhaliza, di bawah pengawasan komposer dari Australia, Bryan. Tidak ketinggalan memberikan sumbangan kepada album terbabit ialah artis negara kangaru itu, Christian Alexander, yang berduet bersamanya dalam sebuah lagu, di samping menyanyikan rangkap rap dalam sebuah lagu lain.
Mengetengahkan konsep pop moden, Siti memberitahu, penghasilan album terbabit terlaksana dengan kerjasama syarikat milik anak suaminya, Mohd Adib, What’s Up Entertainment.

"Berkebetulan, mereka berkawan dengan Adib. Jadi, perancangan untuk menghasilkan album Inggeris ini seperti dipermudahkan lagi," kata Siti tatkala ditemui pada majlis mengumumkan persembahannya sempena Minggu Setiausaha di Hotel Quality Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Bertemakan Nostalgia Datuk Siti Nurhaliza, persembahan yang turut menampilkan Dee sebagai pengacara itu bakal berlangsung pada 5 April ini, bertempat di Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur.

Menurut penyanyi berusia 32 tahun ini, album terbabit ialah projek istimewa SNP bersama What’s Up Entertainment dan dihasilkan untuk pasaran tempatan serta luar negara.
"Siti mula merakamkan lagu pada penghujung Januari lalu, selepas sambutan hari lahir Siti. Masih ada kira-kira empat lagi lagu akan dirakam dalam masa terdekat ini. Siti berharap album terbabit dapat dipasarkan pada pertengahan tahun ini juga," katanya yang membayangkan sebahagian lagu dimuatkan dalam produk itu mempunyai persamaan dengan muzik dibawakan Beyonce dan Jennifer Lopez.

Ditanya mengenai perbezaan menghasilkan album Melayu dan Inggeris, Siti berkata, tentunya wujud kelainan dalam nyanyiannya.

"Mereka cuba membuatkan Siti menyanyi menggunakan slang tertentu. Ia agak sukar juga pada mulanya, tetapi dengan sokongan diberikan, kerja merakamkan lagu terbabit menjadi lebih mudah," ujar Siti yang memberikan hak penerbitan kepada kedua-dua komposer terbabit bagi projek khas pertamanya itu.

Siti juga memaklumkan, dia belum pasti apakah lagu berkenaan akan dinyanyikan pada persembahannya di MECC nanti.

Ajak peminat imbau kenangan

BERCERITA mengenai persembahannya sempena Minggu Setiausaha pula, penyanyi yang memiliki 14 album solo studio ini berkata, penampilannya di MECC nanti bersifat eksklusif kerana itulah satu-satunya persembahan yang dipersetujui olehnya pada tahun ini.

"Pada persembahan itu, Siti akan menyanyikan lagu popular Siti dengan susunan muzik baru, di bawah pimpinan Aubrey Suwito. Siti juga akan menyanyi lagu malar segar dan lagu hits dendangan artis lain," katanya.

Siti turut memberitahu, persembahannya bakal berlangsung selama 45 minit dengan iringan pemuzik dan penari.

"Bagaimanapun, seperti biasa, persembahan pasti berlarutan sehingga sejam apabila penonton turut meminta Siti menyanyikan beberapa lagu kesukaan mereka," katanya yang sehingga kini masih mencari konsep persembahan terbaik untuk menghiburkan golongan setiausaha dan peminatnya pada acara itu.

Mengenai pemilihan lagu, Siti berkata, selalunya penganjur memberikannya kebebasan kepadanya menentukan lagu yang ingin dipersembahkan. Bagaimanapun sudah tentu penganjur turut mempunyai beberapa permintaan, yang sebaik mungkin cuba ditunaikan olehnya.

Tahun ini menjadi penampilan ketujuh Siti bersama Hotel Quality, sejak mula bekerjasama dengan rangkaian hotel berkenaan pada 2000.

Menyentuh perniagaan produk kecantikannya, SimplySiti, penyanyi yang sudah pun mengumpul lebih 200 anugerah dari dalam dan luar negara ini berkata, antara alasan dia tidak menerima tawaran mengadakan persembahan lain berikutan jadual kerjanya, termasuk berkaitan siri promosi produk itu, yang semakin padat.

Ketika ini, kempen Wajah-Wajah SimplySiti giat dijalankan, dan dia sendiri bakal bertemu dengan peminat sempena kempen itu di Plaza Angsana Johor Bahru pada 6 Mac ini, manakala di Kota Bharu Mall pula pada 12 Mac.

"Insya-Allah, produk ini juga akan memasuki pasaran Brunei pada April, dan selepas itu kami berharap ia dapat pula menembusi pasaran Indonesia. Kita sedar, usaha memasuki negara itu agak sukar, tetapi dengan sokongan semua pihak, mungkin pengguna di sana juga akan berpeluang mencuba produk SimplySiti tidak lama lagi," katanya.

Terlanjur bercerita mengenai negara seberang, Siti juga memberitahu dia akan hadir memeriahkan majlis perkahwinan Krisdayanti (KD) pada 25 Mac ini.
"KD ada mengundang Siti ke majlis perkahwinannya. Jadi, Siti tentu sekali akan ke sana kerana KD juga hadir pada majlis perkahwinan Siti dulu. Siti juga akan menyanyi untuknya pada majlis itu," katanya sambil menguntumkan senyuman.

INFO:
# Peminat yang ingin menyaksikan persembahan Datuk Siti Nurhaliza sempena Minggu Setiausaha di MECC. 5 April nanti, boleh menghubungi 03-26939233 (sambungan 8023) atau menghantar e-mel ke alamat fnb@quality.com.my.


dah kecoh kat bod gosip@cari, baru reporter sengal ni kluarkan berita pasal ni.... ketara sangat cedok dari cni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2011 10:03 AM | Show all posts
wow you look good in this outfit siti
comeyyy nye
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 10:04 AM | Show all posts
dah kecoh kat bod gosip@cari, baru reporter sengal ni kluarkan berita pasal ni.... ketara sangat cedok dari cni....
devilito Post at 3-3-2011 10:01



  wartawan dok kat opis garu telor je sambil skodeng cari.com
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 10:04 AM | Show all posts
wartawan dok kat opis garu telor je sambil skodeng cari.com
kukulangau Post at 3-3-2011 10:04



maksud i garu telor ayam
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 10:04 AM | Show all posts
kheeennnnn.............tok ti lemah dlm engrish skalipun, dia dah kaya raya...dah ada harta n bi ...shah jakel, shahir AF8, misha omar , rozita chew wan, erra
cmf_premierleag Post at 3-3-2011 09:41


english misha dlm teater tun mahathir sgt sedap + ada class. ramai yg puji....communication ms show, rasanya ok. dia pernah wat corp dinner aku attend, english elok jek bcakap..tp manglish lah...tp konfiden ada. tp syg, asyik jd penyanyi njo 2 after siti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.064575 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list